Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

MPV Mengangkut Penumpang Dengan Keselesaan Maksimum

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
28/12/2020
in MODIFIKASI, UTAMA

Ketika peringkat awal MPV ini berada di pasaran Malaysia, ia di bawa masuk oleh ‘grey importer’ dengan harga sekitar RM300 ribu. Itu adalah sama harganya dengan sebuah rumah teres di Alam Damai yang boleh memuatkan 2 buah keluarga, 10 orang dewasa dan 6 kanak-kanak dengan selesa. Atau anda boleh membeli sebuah Kondo mewah dengan permandangan KLCC.

Tapi bagaimana pula jika anda sudah mempunyai semi D atau banglo di Sierramas? Beli sebuah Elgrand! Jika Nissan ada Navara untuk menjadi Ibu segala trak pikap, mereka juga ada Elgrand yang menjadi ibu segala MPV. Baik Vito, Starex, Alphard atau Velfire, Elgrand adalah sesuatu yang berbeza. Ia tidak dicipta untuk dijual dengan spesifikasi rendah. Ia tidak diguna untuk mobiliti, operator barangan atau dicipta suka-suka sebab anda ingin membeli sebuah MPV. Ia direka dengan cukup besar, lebar, tinggi dan dengan poin jualan yang jelas. Mewah.

Apa yang akan jadi jika kereta Elgrand ini di bawa pulang ke kampung? Ada dua kemungkinan, orang kampung mengumpat, mengata kononnya si pemilik menjual syabu, atau mungkin ibu pemilik sendiri akan terkena serangan sakit jantung. Ia seperti sebuah Ferrari untuk MPV. Malah, dipercayai jika Lamboghini atau Porsche tiba-tiba terfikir untuk membina sebuah MPV maka hasil akhirnya akan jadi seperti sebuah Elgrand.

Nissan Elgrand sebenarnya telah bermula satu generasi di belakangnya. Model E51, seperti yang dapat dilihat hari ini adalah evolusi dari E50. Model yang diperkenalkan pada 1997-2002 di Jepun. Jika anda biasa memerhatikan segmen MPV Jepun di Malaysia, model lama ini juga ada yang diimport masuk, cuma bilangannya agak kecil. Ketika diperkenalkan juga, ia adalah saingan terdekat MPV mewah Toyota ketika itu, Toyota Granvia (yang kini digantikan dengan Alphard)

Terdapat banyak spesifikasi Elgrand E51 di pasaran. Namun rata-rata model yang dibawa masuk ialah spesifikasi 3.5 VQ35DE, enjin 3500cc dengan cukai jalan sahaja sekitar RM2,500. Namun jika pembelinya mampu membeli MPV pada harga RM300 ribu, cukai jalan adalah perkara kecil. Ibarat membeli rokok sekotak dan senashkah surat khabar setiap pagi.

Bagi menjadikan ianya lebih mewah, Nissan telah memadankan apa yang mungkin pada sebuah kenderaan yang dicadangkan mengangkut penumpang dengan keselesaan maksimum. Konfigurasi binaannya adalah yang paling tinggi, lebar dan terpanjang dalam kategorinya. Pengendaliannya ditampung oleh sistem multi link di segenap sudut yang mana jika mengikut teorinya adalah mustahil untuk memasangkannya untuk sebuah MPV (dengan titik roda yang rendah) Namun jurutera Nissan berjaya melakukannya.

Dengan asas yang bagus ini, ia dipasangkan dengan beberapa opsyen tempat duduk. Samada bench di bahagian tempat duduk baruisan kedua atau pilot seat (individual seat). Elgrand yang anda saksikan ini ialah model spesifikasi penuh, iaitu pilot seat di tengah dan boleh diubah menjadi bench atau perehat tangan bila tidak digunakan. Model spesifikasi penuh ini juga didatangkan dengan sistem audio Bose atau nama lainnya Clarion.

Sistem audio ini didatangkan dengan monitor 8 inci pada papan pemuka yang turut berintegrasi dengan sistem maklumat kenderaan Nissan yang dikenali sebagai Carwings. Sistem Bose ini juga menempatkan 8 buah speaker untuk memastikan setiap penghuni MPV ini mendapat kualiti pendengaran yang sama. Penumpang belakang dihidangkan dengan paparan monitor 9 inci di bahagian tengah di hadapan sebuah bumbung suria.

Ruang dalaman juga dilengkapi dengan aksesori kecil seperti tirai tingkap kawalan elektronik. Pintu gelongsor kawalan automotik, tempat duduk dengan heater dan juga cemin anti silau dan pengesan undur dengan pengesan sonar. Bahagian luarannya pula, model spesifikasi tinggi dilengkapi dengan bodykit penuh merangkumi lips hadapan yang rendah, sepasang skirting kecil di tepi dan belakang serta sebuah spoiler bertingkat di bumbung.

Merendahkan lagi MPV yang sedia datang dengan titik graviti rendah ini amat digemari oleh ramai peminatnya. Pemilik Elgrand ini telah memasangkan penyeraphentak Kayaba RS deengan spring sport RSR lantas menjadikan kedudukannya rapat ke bumi. Roda lamanya telah digantikan dengan rim OZ 19 inci dengan bukaan 9 inci di depan dan 10 inci di belakang. Tayarnya pula ialah Toyo Trampio 245/35 di depan dan 265/35 di belakang. Cukup untuk membuatkan MPV ini seperti membawa angkatan mafia dari Jepun.

Pada sebuah MPV yang dicipta untuk mengangkut penumpang, Nissan akhirnya berjaya meletakkan jenama mereka sangat berprestij menerusi Elgrand. Mereka berjaya sekali lagi dengan GTR yang masih menggunakan nama Nissan dan bukannya Infiniti. Kehebatan dan kemajuan sains dan teknologi kadangkala membuat kita terpaksa berfikir di luar kemampuan biasa. Nissan berjaya melakukannya.

Di suatu pagi, di sebuah kedai makan, anak saudara saya bertanya bila beliau terserempak dengan sebuah Elgrand yang sedang mengundur memasuki petak parking.

“Pak Ngah, cantik bas tu kan?”

Previous Post

Microlino 2.0 Bakal Memasuki Pasaran Pada Tahun 2021?

Next Post

Volkswagen Beri Jaminan 12 Tahun Bebas Karat

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved