Ekoran laporan Tentera China melarang kemasukan kereta Tesla dari memasuki kawasan perumahan militari di negara tersebut, Elon Musk menyangkal dakwaan yang mengatakan kereta-kereta Tesla digunakan untuk merisik di China!
Menurut laporan minggu lepas, tentera di China mengarahkan pemilik Tesla meletakkan kereta mereka di luar kawasan militari kerana bimbang, pengeluar tersebut mengumpul data sensitif menggunakan kamera yang dipasang pada kereta keluaran mereka. Bercakap di forum tahunan pembangunan China, Elon Mask mengatakan, sekiranya benar kereta-kereta Tesla digunakan untuk merisik di China atau mana-mana negara lain, maka Tesla akan ditutup.
Musk juga membandingkan kebimbangan penggunaan kenderaan Tesla untuk merisik di China sepertimana ketakutan Amerika Syarikat pada tahun 2020 yang mengatakan aplikasi TikTok milik China digunakan untuk merisik data para pengguna dan merupakan ancaman sekuriti nasional.
“Amerika Syarikat ingin menutup TikTok tetapi ia tidak berhasil,” kata Musk. “Ramai bimbang tentang penggunaan TikTok. Namun, kebimbangan ini sangat tidak diperlukan dan kita perlu belajar sesuatu darinya,” tambahnya lagi.
Memandangkan China merupakan salah satu pasaran penting untuk Tesla, pengarah urusan di Wedbush Securities, Dan Ives yakin, ia adalah penting untuk Musk menjelaskan tentang isu yang dilaporkan itu.
Sumber : Carscoops