Platform media sosial ada masanya menjadi sumber hiburan selain menjana pendapatan bagi sesetengah pihak khususnya ketika pandemik. Ada masanya penuh dengan segala informasi dan tidak kurang juga, provokasi pihak tertentu. Hal yang ada unsur negatif, kita tolak ketepi.
Sebenarnya, ada sesuatu yang mencuit hati apabila melihat satu ciapan dari Ketua Pegawai Eksekutif Volkswagen Group, Herbest Diess yang menunjukkan sebuah Volkswagen berada di hadapan sebuah Tesla dengan kapsyen “Volkswagen mendahului Tesla dan memetik nama Elon Musk yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc.
Bagi sesetengah pihak ciapan itu sekadar gurauan tetapi bagi autoevolution, ada hipotesis yang berbeza. Menurut Autoevolution, pada 24 Mei yang lalu, Matthias Schmidt dari Schmidt Automotive Research telah menunjukkan Volkswagen berjaya menjual kereta keluarannya lebih dua kali ganda berbanding kereta elektrik Tesla sejak 12 bulan lepas di bahagian barat Eropah. Di sini juga jelas menunjukkan Volswagen berjaya menandingi Tesla.
Sebagaimana biasa, para peminat kereta Tesla tidak mahu berdiam diri dan beberapa kali berkongsi ciapan untuk mentertawakan Diess. Seronok juga lihat perang dingin di media sosial ini selagi tidak memburukkan lagi keadaan.
Sumber : Autoevolution