Kereta Ferrari F2003-GA yang merekodkan kemenangan keenam Michael Schumacher merupakan kereta satu tempat duduk paling mahal yang dijual dalam sebuah sesi bidaan yang dianjurkan RM Sotheby iaitu sebanyak $14,630,000.
Harga tersebut dikatakan, dua kali ganda berbanding rekod yang pernah dicatatkan oleh Ferrari F2001 yang dijual pada harga $7,504,000 sekitar tahun 2017 yang juga dipandu oleh pelumba lagenda Michael Schumacher. Ia juga mengatasi harga anggaran asal yang menjangkakan ia akan terjual sekitar $7.5 hingga $9.5 juta.
Sebagaimana yang diharapkan pada sebuah kenderaan yang berharga lebih $14juta, Ferrari F2003-GA telah mengekalkan keadaan dan sedia untuk berentap di litar. Baru-baru ini, Mick Schumacher telah memandunya di litar dan sangat bertuah kerana berpeluang memandu kereta ikonik yang pernah dipandu ayahnya.
Kereta F1 satu tempat duduk dengan nombor casis 229 ini direka oleh Rory Byrne dan Ross Brawn sebagai evolusi kepada F2002 yang telah mendominasi musim terdahulu. Huruf GA pada kod nama ini merupakan penghormatan kepada bos Fiat, Gianni Agnelli yang telah meninggal dunia pada tahun yang sama. Enjin V10 3.0-liter dibina semula tahun ini dari program Ferrari Formula 1 Clienti yang menghasilkan 917 hp (684 kW / 930 PS).
Sumber : Carscoops