Alpina telah mengeluarkan B4 Gran Coup baharu tahun ini yang dikenali sebagai BMW M4 Gran Coupe. Bagaimanapun, di Jepun, model ini baharu sahaja diumumkan dan bukan semua yang berniat dan berkemampuan membawa pulang Alpina ini ke rumah masing-masing.
Pengimport Alpine, Nicole Automobiles hanya membawa 4 unit B4 Gran Coupe untuk pasaran Jepun. Setiap model dilengkapi dengan roda 20-jejari – yang klasik untuk BMW yang kini di bawah jenama Alpina. Rim ini melengkapi hanya dua warna yang ditawarkan di pasaran Jepun iaitu Fire Orange dan Frozen Black Metallic. Hanya dua unit model Fire Orange B4 Gran Coupe. Satunya didatangkan dengan set emas Alpina Classic rim multi-spoke dan stereng sebelah kiri. Satu lagi dilengkapi dengan set hitam 20 inci dengen model pemanduan bahagian kanan kereta.
Model Frozen Black Metallic yang lebih cun didatangkan dengan setup serupa walaupun hitam klasik digantikan dengan rim set anthracite. Kesemua empat unit eksklusif Alpina B4 Gran Coupe Japan ini didatangkan dengan spesifikasi yang sama seperti upholstery kulit penuh hitam Merino, lantai Velor dan tikar di bahagian trunk, stereng dengan Alcantara, kemasan kayu hitam dan juga elemen jenama Alpina.
Selain itu, ia dilengkapi dengan enjin enam baris 3.0-liter yang menghasilkan 495hp dan tork 538 lb-ft (729 Nm). Kesemua ini dialirkan ke bahagian tayar menerusi kotak gear automatik 8-kelajuan. Dengan data ini, B4 Gran Coupe mampu memecut dari kosong hingga 100 km per jam dalam masa 3.7 saat dengan kelajuan tertinggi pada 187 mph (301 km/j).
Keempat-empat Alpina B4 Gran Coupe ini akan dipamerkan di beberapa bilik pameran dan wakil pengedar BMW juga Alpina sekitar negara Jepun. Dengan hanya 4 unit ditawarkan, Nicole Automobiles akan memilih pembeli menerusi loteri!
Sumber : Motor1 , Alpina