Pengeluar kenderaan Jepun, Toyota memperkenalkan GR Supra Jarama Racetrack Edition yang dinamakan sempena litar di Sepanyol. Jentera terbaharu dijangka menjengah pasaran Eropah sahaja pada musim bunga itu dikeluarkan terhad 90 unit. GR Supra Jarama Racetrack Edition didatangkan dengan warna biru (Horizon Blue) dipadankan sentuhan warna hitam.
Ia turut dilengkapi rim aloi 19 inci dan angkup brek berwarna merah menyerlahkan lagi sisi sporty jentera edisi terhad tersebut. Pada bahagian kabin pula, jentera sport tersebut mendapat sentuhan upholstery Alcantara berwarna hitam dipadankan kemasan jahitan warna biru, papan pemuka dengan plak istimewa yang mendedahkan nombor produksi.
Ciri-ciri standard lain termasuk kemasan gentian karbon, paparan sentuh 8.8 inci, sistem bunyi dengan 10 pembesar suara, Apple CarPlay , Android Auto dan sistem keselamatan Toyota Safety Sense+. GR Supra Jarama Racetrack Edition mendapat khidmat enjin 3.0 liter turbocharge yang mampu menjana kuasa 335 hp dan tork 500 Nm dipadankan transmisi automatik lapan kelajuan. Ia mampu memecut 100 km/j dalam tempoh 4.3 saat sahaja! – carscoops
Sumber : Mekanika