Salah satu perkara paling hebat yang ada pada Hyundai Ioniq 5 baharu di mana ia mampu mengecas sehingga 350 kW dan dilengkapi beberapa ciri menarik. Anda juga boleh menambah lebih perbatuan dengan mengecas maksimum dalam masa lima minit atau isi bateri dari 10-80 peratus dalam masa 18 minit.
Baru-baru ini, beberapa gambar model wanita sedang duduk bersantai dalam kereta sebagai sebahagian imej promosi dan sekarang, barulah diketahui kenapa model ini kelihatan terlalu santai. Hyundai N Performance telah membangunkan tempat duduk yang diinspirasikan dari kejuruteraan Ioniq yang meminta bantuan dari NASA.
Menurut dokumen dalaman Hyundai, tempat duduk Ioniq 5 direka dengan merujuk kajian NASA berjudul ‘Evaluation Of Neutral Body Posture on Shuttle Mission STS-57 yang diterbitkan pada tahun 2003.
Neutral body posture (NBP) merupakan postur badan manusia dalam mikrograviti dan pertama kali didokumenkan oleh NASA seawal tahun 1970an di mana ia menyiasat bagaimana untuk menghasilkan kapal angkasa yang bukan sahaja selamat tetapi juga selesa untuk angkasawan.
Beberapa keping gambar diambil di Skylab, stesen angkasa NASA yang pertama yang menunjukkan tubuh manusia secara automatik mengikut beberapa sudut yang berkaitan dengan badan.
Semasa memandu kereta elektrik di lebuh raya atau melalui trafik sesak di bandar tidak sesukar badan anda berada di angkasa. Menurut laporan NASA pada tahun 2003, terdapat beberapa kesan sampingan dari otot kepada pergerakan angkasa, menjadi selesa apabila anda memandu dan jauh lebih selamat dan tidak mudah penat sebaik tiba ke destinasi.
Sesuatu yang sangat menarik apabila Ioniq 5 ini bukanlah kereta pertama yang mendapat kelebihan dari kajian zero-gravity NASA ini. Sebenarnya, Sonata generasi kelapan telah dilengkapi dengan Comfort Seat yang boleh disengetkan mengikut posisi zero gravity dengan hanya menekan butang. Selain itu, pemandu Nissan juga memperoleh kemudahan yang sama dari data NASA. Bermula dari tahun 2005, jurutera Nissan telah menggunakan kajian NBP NASA untuk membangunkan tempat duduk untuk mengurangkan keletihan pemandu.
Sumber : Carscoops