Selepas kejayaan jualan model Kona Electric tahun lalu, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan pula kenderaan elektrik paling unggul keluaran Hyundai, Ioniq 5 dan tempahan telah dibuka. Kepada peminat kenderaan elektrik khususnya jenama Hyundai, boleh kunjungi bilik pameran dengan yuran tempahan berjumlah RM 1,000.
Menurut Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Jeffrey Gan berkata, Hyundai dijangka bakal menerajui segmen kenderaan elektrik di pasaran Malaysia sehingga tiga tahun akan datang.
Kona Electric yang diperkenalkan tahun lalu merupakan satu kejayaan dengan kumpulan pertamanya habis terjual. Justeru, IONIQ 5 dijangka akan menerima permintaan mengatasi Kona Electric. Memandangkan sambutan untuk kenderaan elektrik jenama Hyundai menerima sambutan yang sangat baik, lebih banyak model jenis ini bakal dikeluarkan untuk memenuhi permintaan pelanggan.
IONIQ 5 ini boleh didapati dalam konfigurasi kuasa elektrik untuk memenuhi keperluan mobiliti untuk setiap pelanggan dengan dua pek bateri pilihan sama ada 58 kWh atau 72.6 kWh. Pelanggan juga boleh memilih satu daripada dua layout motor elektrik, sama ada satu dengan motor belakang sahaja atau satu dengan dua-dua motor depan dan belakang. Namun, kedua-duanya memberikan kelajuan tertinggi 185 km/h.
Manakala menurut Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung berkata, IONIQ 5 ini menjadi tanda aras kepada gaya hidup mobiliti elektrik dengan ciri-ciri yang inovatif.
Ia menawarkan rekaan interior yang inovatif dengan bahan-bahan mesra alam sekitar, prestasi tinggi dengan pengecasan yang sangat pantas dan fungsi Vehicle-to-Load (V2L). Dipadankan dengan ketersambungan terkini dan ciri-ciri bantuan pemanduan, IONIQ 5 pastinya menawarkan pengalaman pemanduan yang cemerlang disamping sentiasa menjaga keselamatan.
Bahagian hadapan dilengkapi dengan hud clamshell pertama Hyundai yang meminimakan jarak di antara panel untuk aerodinamik optimal. Bampar hadapan yang memikat pandangan dengan bentuk-V, disesuaikan dengan lampu DRL yang menguatkan signature unik IONIQ 5. Piksel kecil seperti kluster ini juga ditampilkan di bahagian belakang kereta.
Pada bahagian sisi, pemegang pintu ‘auto flush’ menjamin gaya permukaan yang lebih bersih dan aerodinamik lebih cekap. Bentuk depan dan belakang digabungkan bersama-sama di bahagian pintunya, menawarkan satu lagi rekaan conton Hyundai iaitu ‘Parametric Dynamics’ yang pertama kali dilihat menerusi Elantra. Bentuk tiang-C yang kukuh, diilhamkan dari konsep EV 45 Hyundai, memberikan IONIQ 5 penampilan yang dapat dilihat dengan jelas dari kejauhan.
IONIQ 5 ini dibina oleh dedikasi jurutera BEV Hyundai – Electric-Global Modular Platform (E-GMP), membolehkan bahagian yang unik pada wheelbase panjang. Roda aero mengukuhkan lagi tema rekaan Parametric Pixel IONIQ 5 ini yang menawarkan diameter 20-inci, rim terbesar yang dimuatkan kepada sebuah Hyundai EV.
Sekiranya berminat, anda boleh membuat tempahan IONIQ 5 ini secara atas talian menggunakan platform shopping Hyundai, Cl!ck to Buy (www.hyundai.com.my/clicktobuy/) atau kunjungi mana-mana bilik pameran Hyundai. Para pelanggan juga boleh menghubungi Hyundai Customer Careline di talian 1300-13-2000 atau layari www.hyundai.com.my. Untuk maklumat serta pertanyaan lebih lanjut.