Tesla kini memperkenalkan Model Y baharu, versi yang telah diperbaharui bagi kenderaan paling laris di dunia yang juga terkenal dengan penarafan keselamatan tertinggi di empat benua. Untuk meraikan pelancaran ini, Tesla menawarkan Launch Edition secara eksklusif dengan rekaan dalaman dan luaran istimewa, termasuk warna baharu Glacier Blue. Tempahan kini dibuka di laman rasmi Tesla: www.tesla.com/en_my/modely/design#overview.
Model Y Baharu ini menampilkan rekaan futuristik dengan bar lampu hadapan cross car lightbar dan lampu belakang serta pintu but yang diinspirasikan daripada reka bentuk Cybertruck. Launch Edition ini dilengkapi dengan lencana khas di bahagian belakang, lampu bawah pintu (puddle light), dan plat ambang pintu bertulis ‘launch.’ Selain itu, konsol pengecasan dan alas lantai hadir dengan rekaan eksklusif bersalut perak, manakala bahagian dalaman menggunakan trim vegan suede hitam yang mewah.
Bukan hanya tampil bergaya, kabin Model Y baharu kini lebih senyap dengan tingkap dwi-lapisan dan bumbung kaca panorama bersalut perak yang mampu mengurangkan sinaran UV dan haba. Tesla juga memperkenalkan roda dan peresap belakang baharu yang meningkatkan aerodinamik serta mengoptimumkan kestabilan kenderaan ketika dipandu pada kelajuan tinggi.
Model ini turut dilengkapi ciri premium seperti pencahayaan ambien, rear diffuser, dan paparan skrin kedua untuk penumpang belakang. Fungsi pelarasan tempat duduk barisan kedua kini lebih mudah dengan hanya menekan butang. Semua ciri ini memastikan pengalaman pemanduan yang lebih selesa dan canggih untuk semua penumpang.
Model Y baharu hadir dengan dua varian iaitu Rear-Wheel Drive dan Long Range, masing-masing berharga bermula dari RM195,450 dan RM242,450. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Tesla Malaysia di talian 1-800-810-655 atau kunjungi Tesla Experience Centre hari ini!