NFera RU1 merupakan tayar UHP generasi baru yang direka khusus untuk kenderaan jenis SUV. Ia menawarkan corak pemanduan dan pengendalian yang hebat, menerusi penggunaan teknologi terkini. Malah kadar cengkaman ketika jalan basah juga amat mengkagumkan, tanpa mengorbankkan ciri-ciri keselesaan yang diperlukan.
Rekaan Corak
NFera RU1 memiliki 3 alur tengah yang besar, bertujuan untuk meningkatkan prestasi pemanduan ketika jalan basah. Alur keempat yang terbentuk di bahagian sisi luar, bertujuan mengukuhkan blok tayar, serta meningkatkan pengendalian dan kestabilan stereng ketika di selekoh.
Blok bahagian tengah pula direka seimbang, bagi membantu kestabilan sewaktu kelajuan tinggi. Sementara jaluran berbilang di permukaan tayar berfungsi menyebarkan bunyi hingar, sekaligus menambah keselesaan semasa pemanduan.
Struktur Binaan
NFera RU1 menggunakan teknologi kompaun 4G yang tahan lasak. Hal ini berjaya meningkatkan corak pengendalian dan respon stereng, juga memanjangkan jangka hayat tayar. Kadar rintangan juga dapat dikurangkan, sekaligus membantu penjimatan bahan api. Malah aspek cengkaman kini lebih baik, sama ada di permukaan jalan basah mahupun kering.
Untuk pasaran tempatan, Nexen Tire diedarkan oleh HT Performance Tyre Sdn Bhd. Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz dan dimensi mengikut keperluan anda. Untuk maklumat lanjut, layari www.nexentire.com dan Facebook: Nexen Tire Malaysia atau segera kunjungi wakil penjual Nexen Tire di seluruh negara.
HT Performance Tyre Sdn Bhd
NO 11, Jln TPP 3, Taman Perindustrian Putra,
47130 Puchong, Selangor
Tel: 603-8066 8336
Fax: 603-8068 9336
FB: www.facebook.com/NexenMY
Website: www.nexentire.com