Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Tawaran Jualan dan Selepas Jualan Istimewa Sepanjang Bulan Mac

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
01/03/2021
in BULETIN, UTAMA

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memulakan bulan Mac dengan penjimatan ke atas rangkaian model Passat dan tawaran alat ganti baharu ke dalam Repair Packages (Pakej Pembaikan).

Tawaran ke atas Passat Elegance dan Passat R-Line telah dilanjutkan. Pelanggan kini akan menikmati insurans percuma selama setahun bernilai RM5,500 dan rebat petrol percuma juga selama setahun bernilai RM2,500. Mereka yang membuat tempahan menerusi Volkswagen eShowroom akan menikmati rebat dalam talian tambahan sebanyak RM3,500 sekali gus boleh berjimat sehingga RM11,500.

Passat Elegance dan model lebih sporty, Passat R-Line didatangkan dengan enjin 2.0TSI turbo yang dipadankan bersama kotak gear klac basah direct shift (DSG). Ia mampu menghasilkan kuasa mencecah 190PS dan tork 320Nm. Varian tertinggi Passat R-Line juga dilengkapi Dynamic Chassis Control (DCC) dan ciri-ciri canggih lain untuk pengalaman pemanduan yang dinamik. Dengan pengecualian cukai, Elegance ditawarkan pada harga RM181,856 dan harga R-Line pula ialah RM203,411.

Para pemilik kenderaan Volkswagen berusia lebih lima tahun boleh terus memanfaatkan tawaran istimewa Repair Packages melibatkan penyerap hentak hadapan dan belakang, cakera brek hadapan dan belakang, roda penggalas depan belakang serta tali sawat pemasaan mulai bulan ini.

Alat ganti dan kos buruh ke atas model-model tertentu hadir dengan diskaun sebanyak 30% dan jaminan selama dua tahun untuk memberi ketenangan minda kepada anda.

Sebagai jaminan tambahan, hanya alat ganti 100% tulen Volkswagen sahaja yang akan digunakan. Manakala komponen-komponen yang relevan seperti nat dan bolt akan diganti sebagai sebahagian daripada kos bagi memastikan prestasi
serta keselamatan yang lebih baik.
Kerja-kerja pembaikan ini dijalankan oleh juruteknik terlatih Volkswagen berdasarkan kepada standard global bersama peralatan yang diluluskan oleh Volkswagen.

Berikut adalah penjimatan yang diperoleh berdasarkan kepada alat ganti:

Untuk layak, pemilik kenderaan Volkswagen perlu memuat turun aplikasi mudah alih Volkswagen Cares. Mereka kemudian perlu menunjukkan e-baucar yang diterima di mana-mana pusat servis sah Volkswagen.

Para pemilik boleh menempah temu janji servis mereka secara dalam talian menerusi komputer atau peranti pintar. Mereka boleh memilih pengedar, tarikh dan masa yang diingini dengan cara memberikan perincian kenderaan masing-masing. Perkhidmatan pengambilan dan penghantaran secara percuma juga ada disediakan berdasarkan kepada permintaan.

Semua pengedar Volkswagen di seluruh negara mematuhi garis panduan yang ketat di bawah inisiatif #SafeHands Volkswagen. Pelaksanaan langkah kebersihan yang ketat itu merangkumi proses sanitasi premis dan titik-titik sentuhan utama, pemeriksaan keselamatan yang betul, penerimaan kenderaan tanpa sebarang hubungan, selain sanitasi ke atas semua unit pandu uji dan pameran.

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.volkswagen.com.my

Previous Post

Pendedahan Logo Ke-11, Singa Dikekalkan

Next Post

Ringkas Tetapi Lebih Bergaya Dari BMW Keluaran Terbaharu?

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved