Kini, BMW M3 dan M4 boleh didapati dengan beberapa kelengkapan M Performance Parts dan M4 yang dapat dilihat sekarang ini sedang dipamerkan di salah sebuah muzium di Jerman. Bahagian eksterior M4 ini dipadankan dengan warna kontras putih dan hitam dari bahagian bampar hadapan, quarter-panel belakang dan juga fascia belakang.
Manakala bahagian tepi pula menampilkan warna klasik BMW M yang menyerlahkan lagi kereta sport ini dan kebiasaannya dapat ditemui pada kenderaan dengan balutan aftermarket. Sebagai penambahan kepada keunikan warnanya, kereta ini dilengkapi dengan splitter dan pengambilan udara gentian karbon. Selain itu, skirt sisi yang agresif juga dari gentian karbon dan set forged wheel dengan kemasan Frozen Gunmetal Grey.
Antara ciri-ciri utama M Performance Parts yang dapat dilihat adalah sayap belakang, diffuser baharu dan juga setup quad tailpipe yang unik. Jadi, bagaimana dengan anda? Mahu BMW M3 dan M4 baharu dilengkapi dengan M Performance Parts?
Sumber : Carscoops