Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Syarikat E-Hailing Tidak Berdaftar, 11 Kereta Disita Di Pulau Pinang

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
26/06/2020
in BULETIN, UTAMA

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengesan sebuah syarikat pengendali e-hailing haram yang beroperasi di negeri ini dan menyita 11 kenderaan dalam operasi khas yang dijalankan semalam dan hari ini. Pengarah JPJ Pulau Pinang Adenan Md Isa berkata pihaknya menerima aduan daripada persatuan pemandu e-hailing berdaftar terhadap kenderaan yang beroperasi sebagai e-hailing telah menggunakan aplikasi tersebut tetapi tidak berdaftar dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

“Berikutan itu, JPJ telah menjalankan risikan dan operasi khas dan memberi tumpuan di beberapa lokasi sekitar Pulau Pinang sebelum menahan 11 kenderaan yang beroperasi sebagai e-hailing dengan syarikat antarabangsa tersebut.

“Berdasarkan siasatan, syarikat itu beroperasi di lebih 30 negara sebagai (syarikat) pengendali e-hailing, namun dipercayai masuk ke negara ini terutama Pulau Pinang sejak awal tahun tetapi sehingga hari ini syarikat itu masih belum berdaftar dengan APAD selain tidak mempunyai Lesen Perniagaan Pengantaraan (LPP). Kami sedang mengesan syarikat pengendali e-hailing ini untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan juga mendapati lebih 200 pemandu telah berdaftar dengan syarikat itu untuk menjadi pemandu e-hailing di Pulau Pinang dan mereka boleh membuat permohonan menerusi laman Facebook syarikat dengan mengemukakan lesen memandu, gambar pemandu, geran serta cukai jalan kenderaan untuk diproses.

Adenan berkata hasil siasatan turut mendapati syarikat terbabit membenarkan pemandu mendaftar dan mengambil penumpang walaupun tidak mempunyai lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan ia jelas tidak mengikut peraturan ditetapkan oleh Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Selain itu, katanya syarikat tersebut juga sedang mengadakan promosi untuk menarik pemandu e-hailing dengan tidak mengenakan sebarang bayaran menggunakan aplikasi syarikat malah mereka mendapat sepenuhnya bayaran daripada penumpang.

“Berdasarkan operasi, kami juga mendapati penumpang boleh tawar-menawar harga yang dikenakan menerusi aplikasi e-hailing tersebut malah ia lebih murah berbanding harga dikenakan oleh syarikat pengendali e-hailing yang lain.

“Ada di antara 11 pemandu berusia 20 hingga 50 tahun itu merupakan pemandu e-hailing bagi syarikat (e-hailing) lain dan mereka turut menjadi pemandu syarikat tersebut kerana lebih mudah mendapat penumpang serta mendapat bayaran penuh (daripada penumpang),” katanya.

Beliau berkata pihaknya memberi amaran kepada semua pemandu e-hailing serta penumpang untuk tidak menggunakan aplikasi itu kerana ia haram dan jika berlaku kemalangan semasa perjalanan mereka termasuk penumpang tidak dilindungi insurans.

Katanya semua 11 kereta itu disita dan pemandunya disiasat mengikut Seksyen 16(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, jika sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 hingga RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

— BERNAMA

Previous Post

Perodua Sumbang Lebih 5,000 Pelindung Muka Buatan Sendiri Kepada Sekolah-Sekolah Hulu Selangor

Next Post

Jualan Sedan Dan Hatchback Terus Merudum, Tiada Lagi Yaris Di Pasaran Amerika Syarikat

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved