Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

SUV 7 Tempat Duduk Geely Haoyue Dilancarkan

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
08/07/2020
in BULETIN, UTAMA

Geely Auto baru-baru ini melancarkan secara rasmi SUV tujuh tempat duduk pertamanya, Haoyue. SUV segmen D menandakan permulaan saingan Geely ke dalam pasaran yang sangat kompetitif dan kini didominasi jenama asing di China. Geely mahu mencabar pesaing sedia ada dengan menawarkan pelanggan pelbagai teknologi pintar dan rangkaian kuasa yang cekap pada harga kompetitif.

Jentera itu dikuasakan oleh enjin 1.8TD yang dipadankan bersama kotak gear klac berkembar tujuh kelajuan. Ia juga dipasang dengan teknologi bantuan pemanduan Level 2. Sebanyak 24 sensor membantu 17 ciri pemanduan pintar yang membolehkannya mengikuti, berhenti dan membelok pada kelajuan sehingga 150km/j. Sensor tersebut membolehkannya memarkir secara elektrik menggunakan satu butang sahaja, bersama pemandangan 360 darjah.

Haoyue direka menggunakan konsep ‘Expansive Aesthetic’ yang memberikan reka bentuk luaran yang maskulin. Ia menggabungkan aspek ruang dan fungsi dengan seimbang. SUV itu hadir dengan konfigurasi lima dan tujuh tempat duduk. Tempat duduk baris belakang boleh dilipat rata yang boleh memuatkan sebuah tilam bersaiz king. Ruang kargonya boleh dikembangkan menjadi 2,360 liter untuk mengangkut apa sahaja barangan yang besar.

Kedua-dua konfigurasi itu menawarkan ruang kaki yang selesa. Sehinggakan mereka yang berketinggian 1.9 meter pun boleh duduk dengan selesa tanpa perlu membuat sebarang larasan. Semua penyandar kerusi boleh dilaras demi keselesaan penumpang. Pelanggan boleh memilih konfigurasi tujuh tempat duduk VIP yang mana kerusinya boleh dilaras secara individu.

Haoyue dibina di atas konsep ‘kereta sihat’ Geely yang menyaksikan semua material digunakan menjalani ujian alam sekitar yang ketat dan 20 kali lebih tinggi berbanding standard China. Jadi, ia tidak mempunyai ‘bau kedai’ yang berbahaya. SUV itu dilengkapi sistem penapis udara gred N95 yang mampu menapis sehingga 99 peratus partikel PM2.5 dan 98 peratus titisan air yang mungkin mengandungi virus. Dengan sistem pendingin hawa tiga zon dan AQS, udara di dalam kabin boleh dibersihkan dalam masa kurang tiga minit.

Ruang kabin disempurnakan lagi dengan sistem infotainmen GKUI Geely Smart Ecosystem yang menggunakan pemproses mikro kenderaan quad-core terkini Geely, E01. GKUI membolehkan pengguna berinteraksi dengan kenderaan menerusi bantuan suara kepintaran buatan (AI).

Ekosistem itu juga diintegrasikan dengan pelbagai aplikasi IoT seperti rumah pintar JD.com yang membolehkan pengguna memantau alat elektrik di rumah mereka di mana-mana sahaja. Pengguna boleh berinteraksi dan mengetahui maklumat kenderaan melalui beberapa paparan berdefinisi tinggi seperti panel infotainmen bersaiz 12.3 inci, panel instrumen LCD dan head-up display.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

Proton Saga Sambut Ulang Tahun Ke-35!

Next Post

Perlindungan Optimum Pada Harga Berpatutan

CAPAIAN

  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved