Toyota telah mengembalikan varian transmisi manual kepada Supra membuatkan ramai teruja dan apa yang anda lihat sekarang ini adalah salah satu contoh Supra manual yang telah dimodifikasi dengan lengkap. Tidak dinafikan, MKIV Supra merupakan antara yang paling berpengaruh dalam keluarannya. Contohnya boleh dilihat menerusi kereta ini. Hanya mencatatkan jarak sejauh 18 batu pada odometer, keadaan luar dan dalamnya memperlihatkan gaya hidup yang sederhana.
Dikemaskan dengan warna cat Quicksilver Metallic dan ia merupakan salah satu dari 24 kereta manual Supra yang pernah dibangunkan Toyota. Sepertimana yang dikatakan tadi, MKIV Supra menjadi kereta Toyota paling diminati. Kereta ini sebagai contoh yang telah menjalani beberapa modifikasi dan membuatkan ia tampil lebih menarik. Di bawah hudnya, terletak sebuah turbocharger Precision yang besar dan juga intercooler GREDDY yang telah dikemaskini, kepala ekzos HKS dan sistem engine management ProEFI.
Namun begitu, tidak dinyatakan pula tentang horsepower mahupun tork tetapi kemungkinan besar ia sekitar 276hp (205kW) melebihi rate asal yang dikeluarkan kilang. Beberapa bahagian dari kilang masih dikekalkan, satu kelebihan untuk pemilik baharunya jika ingin merasakan keadaan asal Supra ini. Apa yang pasti dan siapa juga pemilik baharunya nanti, kereta Supra ini sudah tentu teruja kerana dapat memiliki sebuah kenderaan yang sangat rare!
Kereta ini kekal menjadi Supra terakhir yang dibina sepenuhnya oleh pengeluar dari Jepun ini sekiranya Toyota berhasrat untuk berkolaborasi dengan mana-mana pengeluar lain di masa hadapan. Jika dilihat semula kepada perbatuan yang dicatatkan kereta ini dan keadaan interior yang masih elok terjaga, sudah tentu memandunya memberikan satu pengalaman yang sukar digambarkan.
Jika diberikan pilihan, adakah anda mahu memiliki kereta Supra ini?
Sumber : Carscoops