Permintaan terhadap SUV dan crossover yang meningkat di seluruh dunia membuatkan pengeluar kenderaan seperti Rolls-Royce, Bentley dan juga Ferrari turut tunduk mengikuti pertumbuhan pasaran yang kian berkembang. Hasilnya tidak menghampakan kerana lahirnya model-model yang berjaya menarik perhatian.
Namun begitu, sebelum setiap pengeluar kenderaan merebut peluang ini untuk membina SUV, Lamborghini terlebih dahulu telah mendedahkan konsep untuk off-roader pertamanya pada tahun 1981. Dikenali sebagai LM001, ianya berdasarkan Cheetah dan Lamborghini telah membangunkannya pada lewat 1970-an dan mengharapkan ia dapat dijual di USA.
Rancangan ini tidak dapat diteruskan dan konsep berorientasikan pengguna ini telah dipertontonkan di Geneva Motor Show 1981 tetapi tidak mendapat sambutan serta tidak bertahan untuk memasuki produksi. Pasukan di sebalik LM001 ini enggan mengalah dan kembali ke peringkat asal, melukis semula dan datang dengan idea baharu LM002. Model ini diperkenalkan di Brussel Motor Show pada tahun 1986 dan berjaya mencuri perhatian yang kini bakal dilelong.
Sebagaimana yang dapat dilihat pada gambar yang disediakan, LM002 ini didatangkan dengan nombor casis 279 dan dibina pada bulan Jun, 1991. Ia dibeli oleh pemiliknya sekarang pada awal 2014. Beliau telah menggunakannya sekitar tahun 2014 sehingga 2022 dengan catatan hanya 8,931km (5,549km).
Menurut RM Sotheby, trak ini telah dicat semula dengan warna merah pada tahun 2014. Manakala pada tahun 2020 sekitar bulan Mac, klac dan flywheel telah digantikan dengan yang baharu. Ia mengembalikan roda lapan jejari OZ Route dengan tayar Pirelli Scorpion. Bahagian interior Rambo Lambo ini pula dihiasi dengan upholstery kulit ivory dan karpet perang yang masih lagi dalam keadaan baik.
Source : Carscoops