Foto: Ishraqi @ Tune Photography
Pusingan pertama Sucimuci Time Attack Championship bagi musim 2020, telah berlangsung pada 9 Februari yang lalu di Litar MIMC, Air Keroh Melaka. Dianjurkan oleh Sucimuci Motorsport, ia kini mendapat sokongan K1 Exhaust Specialist sebagai penaja bersama.
Objektif penganjuran bertujuan untuk menyediakan platform perlumbaan yang sah berkonsep catatan masa, bagi membolehkan para peserta berlumba dalam suasana lebih terkawal dan selamat. Sebanyak 120 buah jentera dengan 140 orang peserta telah mengambil bahagian dan dibahagikan kepada 14 kategori utama iaitu Open, 1.8 NA, 1.6 Open, 1.6 NA, 1.3 NA, 1.5 NA, 1.2 Open, Auto CVT, Ladies, MIVEC / VTEC, Saga Series, CAMPRO, Persona Cup. termasuk 1 kategori baru untuk jentera Euro Continental.
Dalam perlumbaan ini, Lim Huei Hwang dari Team Project G yang memandu Mitsubishi Lancer Evolution VII berjaya mencatat masa terpantas 1 minit 5.25 saat untuk mengatasi cabaran peserta lain.
Pusingan seterusnya bakal diadakan pada 19 April, juga di Litar MIMC, Air Keroh Melaka. Kepada yang berminat, hubungi Rellik Niezarm di talian 012-276 4191 untuk maklumat lanjut.