Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

SUBARU IMPREZA STI S204

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
16/03/2016
in MODIFIKASI, UTAMA

Hanya 600 unit dihasilkan dan kebanyakannya dijual di Jepun dan lima buah lagi dijual secara rasmi di New Zealand.

Walaupun warna biru ialah warna pilihan kebanyakan pembeli, model edisi terhad ni jugak ada didatangkan dengan warna kelabu dan hitam.

Dengan industri import kereta terpakai Jepun yang sangat meriah di Malaysia, beberapa unit model edisi terhad ini sampai ke Malaysia ni. S204 milik Rosman ini ialah kereta ke-500 daripada 600 yang dihasilkan.

S204 menggunakan enjin EJ20 STi yang ditala oleh Subaru untuk menghasilkan 320bhp dan tork 432Nm, peningkatan kuasa yang tinggi berbanding enjin STi standard.

Subaru berjaya mendapatkan kuasa itu dengan menggantikan turbo asal enjin STi dengan turbo jenis ball-bearing twin scroll IHI. Bahagian dalaman blok enjin pula mendapat set piston yang lebih kukuh. Semua alat bergerak di dalam enjin juga sudah diimbang oleh Subaru.

Intercooler untuk turbo pun lebih besar berbanding intercooler STi standard. Blok enjin mendapat khidmat sebuah penyejuk pelincir. ECU enjin ditala semula. Sistem ekzos asal S204 menggunakan peredam bunyi yang diperbuat daripada titanium dengan penapis catalytic jenis sports.

Apabila kereta ini dapat di tangan Rosman, enjin dipertingkatkan lagi dengan penambahan sebuah kit injap blow-off HKS SSQV yang sememangnya khusus untuk enjin EJ20.

Memandangkan set ekzos S204 ni masih dianggap senyap ketika beroperasi, Rosman pantas menggantikan ekzos asal dengan ekzos custom yang mempunyai paip tengah saluran terus 3 inci bersama peredam bunyi Blitz Nur Spec.

S204 didatangkan dengan kotak gear manual 6 kelajuan dengan sistem kawalan differential. Ia membenarkan pemandu mengubah bias kuasa untuk roda depan atau roda belakang.

Kotak gear ini juga datang dengan sistem LSD jenis helical untuk bahagian depan. Bagi gandar belakang, ia dilengkapi sistem LSD jenis mekanikal. Subaru telah menggantikan rak stereng STi biasa dengan rak stereng nisbah pusingan yang lebih pantas.

Ubah suai terbesar untuk model S204 mungkin pada bahagian casis yang lebih tegap. Penyerap hentaknya adalah hasil usahasama STi dan Yamaha dengan pegas gegelung yang lebih rendah.

Anti-roll bar asal STi dipertingkat dengan anti-roll bar bersaiz 21mm. Manakala bushing penyerap hentak adalah jenis pillow ball. Semua cagak enjin menggunakan getah lebih keras. Strut bar STi digunakan untuk bahagian depan dan belakang kereta. Dalam erti kata lain, kereta ni mampu dikawal dengan cukup sempurna di atas jalan raya.

Satu lagi identiti khas model S204 ialah rim BBS 18 inci yang dibalut dengan tayar Pirelli P-Zero Corsa bersaiz 235/40/18. Namun, rim asal sudah diganti dengan rim Volk Racing RE30 bersaiz 18 inci. Tayar pula ialah Toyo Proxes 225/40/18.

Brek Brembo 4 pot kat depan dan 2 pot kat belakang dikekalkan standard dengan menggunakan pelapik brek STi yang asal.

Dari segi rupa, S204 tampil berbeza dengan kehadiran lips depan dan diffuser belakang gentian karbon. Spoiler belakang dikatakan lebih aerodinamik. Logo S204 pada gril depan jenis mesh dan bonet belakang memberi tahu kepada dunia bahawa ini ialah model yang cukup istimewa.

Rosman menambah keunikan model ini dengan membalut satu kereta dengan custom wrap berwarna matte blue dan pelekat custom gaya rally.

Di bahagian dalam, S204 menggunakan tempat duduk depan Recaro dengan kerangka gentian karbon yang direka khas untuk model ni. Meter speedo original memberi bacaan kelajuan sehingga 260km/j.

Satu set meter Defi STi Genome, speed meter Pivot dan pengawal boost GReddy Profec ditambah pada papan pemukanya. Walaupun kereta ni direka untuk dipandu laju, jurutera Subaru tetap memastikan ruang kabin kekal senyap apabila menggunakan pengedap bunyi khas yang lebih 3kg ringan.

Mungkin dari segi modifikasi tambahan yang lain, S204 tak banyak diusik. Tetapi nilai modifikasi yang dilakukan oleh Subaru ke atas model istimewa ni menunjukkan kepakaran Subaru dan STi dalam menghasilkan kereta yang bukan saja berkuasa, tetapi mampu dikendali dengan baik.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

HONDA JAZZ MUGEN PRO!

Next Post

VOLVO S40 CONVERT EVO 5!

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved