Kepuasan adalah hak milik setiap insan…
Sebanyak 3 generasi yang telah dilahirkan Honda untuk model Jazz di Malaysia. Yang pertama adalah Jazz GD diikuti Jazz GE dan yang sekarang dan terakhir barangkali, Jazz GK. Peminatnya yang terlalu ramai membuatkan model-model Jazz ini begitu laris seperti pisang goring panas di pasaran. Semestinya yang meminati model ini terdiri daripada golongan anak-anak muda yang mahukan sebuah jentera yang simple dan bergaya.
Namun, tidak lupa juga mereka yang telah berkeluarga. Ada juga yang meminati model ini kerana kesesuaiannya untuk pelbagai fungsi dan melayan nafsu hobi mereka untuk bermain kereta. Haruslah terpengaruh dengan rakan-rakan lain yang ada je idea-idea baru nak ubahsuai Jazz dorang. Jentera kelahiran tahun 2015 ini salah satu yang telah terpanggil untuk mendapat sentuhan baru yang lebih berprestasi berbanding asal yang agak membosankan.
Honda Jazz GK ini digantikan enjin asalnya dengan penggunaan enjin L15B Earth Dreams FLRS. Lengkap kod dia letakkan sekali. Nadi ini didatangkan dengan cam berkembar dan lebih berkuasa dari yang asal. Nadi baru ini dpasangkan dengan beberapa komponen berprestasi bagi melancarkan lagi penjanaannya seperti thermostat Spoon, GruppeM open pod, Works Pro aircharger, Works twin ball bearing charger serta kit TM Works Direct Power Harness yang membantu untuk menyalurkan voltan lebih stabil dan teratur ke bahagian ‘ignition’.
Kotak gear 6 kelajuan yang didatangkan sekali dengan enjin baru ini dilengkapi dengan LSD 1.5 way dari Cusco untuk menyampaikan kuasa terus ke bahagian roda dengan lebih baik. Unit elektronik asalnya juga telah dipetakan semula bagi mendapat talaan yang jauh lebih bertenaga dan berkuasa. Tahap kedudukan dan kestabilan jentera ini dilaraskan melalui sistem penyerap hentak Blitz ZZ-R. sistem brek jentera ini juga dinaik taraf dengan penggunaan kaliper Endless M4 di bahagian depan ditambah pula rotor 300mm untuk tahap cengkaman lebih cekap.
Bahagian dalam jentera ini telah mendapat persalinan lengkap dari model FL RS dan ditambah seri lagi dengan beberapa aksesori dari Mugen. Sama seperti di bahagian dalamannya, penampilan luar juga digantikan dengan kit badan dari model FL RS yang tampak berlainan dari Jazz GK tempatan. Rim Mugen MF8 yang disertakan tayar Bridgestone Potenza RE004 berukuran 16 inci dipasangkan.
Inilah yang dinamakan minat. Berhabis hampir-hampir sama dengan harga sebuah kereta, tetapi mendapat kepuasan yang luar biasa akhirnya…
Spesifikasi
Kereta : Honda Jazz GK 2015
Modifikasi Enjin : L15B Earth Dream FLRS, Thermostat Low temp Spoon, Blox Aluminium Radiator, Gruppe M open pod, Works Pro Aircharger, Works Twin Air Ball Bearing Charger, Hot Inazma Hyper Grounding, TM Works Direct Power Harness Kit
Transmisi / Gearbox : Manual 6 speed, Cusco 1.5 Way LSD
Elektronik / ECU : Remapped
Suspensi & Cesi : Blitz ZZ-R with Dampening Step Control Plus G-Sensor
Brek : Endless M4 + Rotor 300 mm
Roda & Tayar : Mugen MF8 + Potenza RE004
Dalaman : FL RS interior + Mugen accessories
Luaran : Mugen FL RS Bodykit
Bengkel & Tuner : Conversion Enjin Fastlap (Arokiey65), Remap by Fastworks (Kiong), Bodykit (Am Garage)
Pemilik : Azham Azman (Am Garage)