Beberapa bulan lepas Peugeot memperkenalkan 508 PSE (Peugeot Sport Engineered, namun ia bukanlah sport sedan Peugeot yang pertama sebaliknya gelaran ini dipegang oleh 405 T16. Berasaskan model biasa 405 yang dikeluarkan pada tahun 1987, 405 T16 dilancarkan pada tahun 1993 menggantikan 205 Turbo 16.
Kereta ini telah memenangi rali kejohanan dunia Group B sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1985 dan 1986 juga Paris-Dakar pada tahun 1987 dan 1988. Ia juga memegang rekod perlumbaan dunia dengan dua kemenangan pada tahun 1989 dan 1990 rali Paris-Dakar, diikuti dua lagi di Pikes Peak pada tahun 1988 dan 1989 dengan mencipta rekod baru pada tahun 1988.
Direka oleh Pininfarina, varian sporty 405 ini agak biasa dengan lengkun tayar yang kurang lebar dan beberapa elemen rekaan khas 205 Turbo 16. Walaupun begitu, ia mempunyai rim aloi 5-spoke 16 inci berbanding kereta standard dengan 15-inci, panel rocker baharu, bampar depan dan belakang serta spoiler lebih aerodinamik dari 405 Mi 16 juga sistem pembersih lampu hadapan.
Model ini dkeluarkan sebanyak 1,046 unit dan dilengkapkan dengan enjin pengecas turbo 2.0 liter yang menghasilkan 196 hp dengan peningkatan kuasa sehingga 220hp. Ia juga mempunyai sistem four-wheel drive dengan 53 peratus tork disalurkan ke bahagian depan dan 47 peratus ke bahagian belakang. Pemecutan 0 hingga 100 km/j mengambil masa selama 7 saat dan mencapai akan mencapai 235 km/j (146 mph).
Sumber : Carscoops