Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Silvia Tidak Pernah Menghampakan…

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
15/01/2021
in MODIFIKASI, UTAMA


Dalam dunia sukan drift, pra syarat yang mesti dipatuhi sebelum menyertai perlumbaan tak tain tak bukan mestilah melibatkan sebuah kereta yang berpacuan roda belakang. Ia merupakan asas untuk ‘menggelungsurkan’ kereta di selekoh dengan cara mengiring dan terus mengiring sambil membalas selekoh berikutnya. Penghakiman dibuat berdasarkan kelajuan, bunyi, asap dan kedudukan kereta paling rapat menghampiri clipping point. Ia hampir mustahil untuk dilakukan dengan kereta berpacuan roda hadapan. Jika boleh sekalipun, kedudukan kereta menjadi tidak kemas dan tidak cantik. Drift adalah satu-satunya bentuk sukan motor yang penilaiannya subjektif, ia bukan tentang kelajuan semata-mata, ia merupakan gabungan antara sukan motor, kelajuan dan seni memandu.

Dalam dunia drift juga, Nama Silvia (dan SX) hampir pasti disebut sebagai calon jentera yang bagus untuk digunakan. Sama seperti AE86 dan Cefiro, ia cukup cantik didrift dan yang lebih penting lagi, ia adalah kereta yang mampu dibeli dari jenama Nissan yang berpacuan roda belakang. Berbeza dengan kereta platform FM seperti 350Z yang lebih eksotik dan lebih mahal, Silvia dianggap kereta sports mampu milik di Jepun. Tidak hairanlah, kereta ini lebih popular sebelum kedatangan semula Fairlady pada 2003.

Dari versi pertamanya yang dikenali dengan siri S10, evolusi Silvia memulakan kemuncaknya ketika model S13 diperkenalkan. Berkongsi kerangka dengan siri SX, ramai bersetuju bahawa seharusnya coupe Jepun perlu memiliki perlambangan Silvia. Kereta sports berbajet rendah, enjin di atas 200 kuasa kuda dan senang dikendalikan. Walaupun disumbat dengan teknologi superHicas, kereta ini tetap mampu dimiliki berikutan enjin asas CA18 dan seterusnya SR20DET yang dikongsi banyak jentera Nissan yang lain, lantas menjadikan kos pengeluarannya jauh lebih rendah.

RPS15 adalah kemuncak kepada kejayaan Silvia. Rekabentuknya yang tirus, leper dan panjang secara fizikalnya memberikan impak pantas kepada dunia drift. Lampu hadapannya dikatakan berbentuk buah strawberi sementara lampu belakangnya seakan mata kuyu yang tidak pejam. Baik D1 Jepun, Amerika atau Formula Drift, kereta S15 khususnya model Spec R mendapat sambutan di litar. Keupayaan enjin SR20DET dengan transmisi enam kelajuan dan LSD menjadi resepi utama membolehkan kereta ini pantas mendapat sambutan di seluruh pelusuk dunia.

Selain sebagai jentera dengan format FR (Front Engine Rear Drive) yang menarik di litar, kereta ini juga diminati kerana rekabentuknya yang sporty. Walaupun pengeluarannya telah berakhir pada 2003, Silvia masih dianggap kereta Sports pasaran sederhana terbaik pernah dihasilkan oleh Nissan. Akhirnya, model-model asas yang diperkenalkan lebih murah daripada Spec R, iaitu Spec S, lima kelajuan atau 4 kelajuan automatik membanjiri pasaran Australia, Amerika dan Kanada.

Kereta yang anda lihat dalam foto ini ialah model S15 Spec R yang dimiliki oleh saudara Lucas. Dikeluarkan pada 2002 menerusi model pertama gantian S14. Dari kilang pengeluarannya, kereta ini dibekalkan dengan enjin SR20DET. Ia adalah kemuncak kejayaan SR20DET dengan kepala selinder hitam yang juga dikenali dengan gelaran (black-top). Menghasilkan 250ps pada 6000rpm, enjin ini mengekstrak kuasa daripada sistem turbo menerusi turbin T028 yang dipasangkan pada perumah T-048. Seperti mana turbin moden, ia diputarkan dengan beban bebola galas.

Enjin milik Lucas ini menerima pengubahsuaian awal dengan penukaran intercooler Greddy yang berdiameter 30 X 70 inci yang jauh lebih besar dari intercooler asal. Bagaimanapun, kedudukannya masih mampu disembunyikan di sebalik bampar Vertex Ridge yang memiliki rekabentuk menirus. Intercooler ini datang dengan kit yang mana hos getah dari kilang Nissan digantikan dengan hos keluli yang direka mengikut laluan asal tanpa melibatkan sebarang pengubahsuaian. Terlibat sama dalam pengubahsuaian ini ialah blow-off valve Greddy dan juga tekanan boost yang ditingkatkan kepada 1.5 bar.

Bahagian kebuk ekzosnya juga telah dikemaskan dengan paip buatan khas daripada keluli tahan karat lengkap dari header hadapan, laluan paip bawah, hingga peredam bunyi Trust. Sistem gantungan lamanya telah digantikan dengan set lengkap daripada Cusco yang membenarkan ketinggiannya dilaras. Bukan itu sahaja, tahap kekerasannya juga mampu disesuaikan mengikut keadaan. Apabila anda menggunakan rim 18 dengan tayar senipis 35 siri, pelarasan nisbah hentakan yang betul setidak-tidaknya mengurangkan masalah henjutan yang melampau. Lucas memadankan rim Rays GT-V dengan tayar 235/40/18 di hadapan dan 265/35/18 di belakang. Bahagian brek dikekalkan sebagaimana spesifikasi asal.

Bahagian kosmetik telah disempurnakan dengan bodykit daripada Vertex D1 Ridge. Ia merangkumi bampar hadapan, sepasang skirting sisi dan bampar belakang. Berbeza dengan pereka seperti Varis atau Autech, kit badan dari Vertex ini agak ringkas. Tahap aerodinamiknya juga bersahaja tanpa banyak mengubah rupabentuk asal S15 itu sendiri. Selain memberikan visual kereta yang lebih labuh, ia juga nampak sporty tanpa perlu mengorbankan banyak belanja. Bagi melengkapkan lagi pengubahsuaian kereta ini, Lucas memasang spoiler belakang jenis GT supaya kelihatan seikit ala perlumbaan.

Bahagian dalaman disempurnakan dengan sistem audio daripada Alpine. Kerusi asal kereta ini yang tidak cukup bagus telah digantikan dengan sepasang Recaro SR3. Tombol gear digantikan dengan tombol Nismo. Meter boost dari Sard dan sebuah takometer 5 inci dari Defi. Kini, kereta ini sudahpun lengkap untuk dipandu sebagai kereta harian, disamping ekstrak kuasa yang tidak menghampakan.

Spesifikasi

Model
Nissan Silvia S15 Spec R
Tahun 2002

Enjin
Sr20DET, front mount intercooler Greddy, Greddy blow-off valve, boost 1.5 bar, custom stainless steel exhaust, peredam bunyi Trust

Transmisi
Enam kelajuan manual

Suspensi dan brek
Suspensi adjustable Cusco, brek asal.

Roda dan tayar
Rim Rays 18 X 8, 18 X 9
Tayar Toyo 235/40/18, 265/35/18.

Dalaman
Sistem audio Alpine, Kerusi Recaro SR3, gear knob Nismo, Defi takometer, Sard bost meter.

Kosmetik
Bodykit lengkap Vertex, skirting, bampar depan dan belakang, custom GT Wing.

SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
Previous Post

Harga Jauh Lebih Mahal Berbanding Harga Di Pasaran Malaysia!

Next Post

Kalau takut jangan ikut sebab ada yang nak main macam ni sampai berikat perut…

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved