Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

SILVER SURFER

Saiful by Saiful
19/11/2018
in MODIFIKASI, UTAMA

Ribuan pemilik Wira pasti mendambakan rupa sebuah Lancer atau EVO pada kereta yang sedang mereka gunakan. Tak dapat luar, dapat enjin. Tak dapat enjin, dapat dalam. Tapi kalau dapat semua sekali, lagi lena tidurnya.

Melengkapkan modifikasi seumpama ini, tentu sekali memerlukan modal yang besar. Untungnya, ia boleh dilakukan secara berdikit, mengikut kemampuan diri. Cuma masalah problemnya bila terpaksa berdepan dengan undang-undang. Tak pasal-pasal tidur yang lena tadi, diganggu mimpi buruk lagi ngeri.

Ketika mana seorang rakan berhajat melepaskan Lancer CB miliknya, Zool tak teragak-agak untuk terus menghantar rombongan risik pinang. Bukan selalu dapat peluang cenggini. Lepas selesai urusan akad, ia segera dibawa pulang dengan muka yang atasinyium…

Kondisi ketika diperolehi taklah sempurna mana. Secara perlahan, Zool mula mengatur langkah untuk memulakan proses naik taraf yang sesuai. Ikut rancangan, takat guna kit badan EVO III termasuk layangan kaler silver yang asal. Tapi lepas boring menghadap rupa yang sama, ia telah dirombak semula untuk menerima kit badan yang lebih ganah.

Yang dimaksudkan, penggunaan fender dan bumper depan Kansai. Ia kemudian dikembangkan dengan kit widebody Full Blast di bahagian sisi. Lain-lain aksesori yang turut membantu adalah cermin sisi Ganador, sunroof dan cermin belakang berwiper EVO III, visor lampu depan, serta lampu signal amber dari Lancer USDM. Nampak spoiler itek kat bonet belakang tuh? Ia sebenarnya ceraian spoiler EVO II yang telah diubahsuai. Macam sematlah pulak…

Kedudukan kereta digantung menggunakan set suspensi boleh laras Tein. Sistem hentian pulak, disalin sepenuhnya dari EVO III. Sementara rim ultra femes Volk Racing TE37 berukuran 17-inci telah dipadankan bersama tayar Toyo Proxes R1R, untuk hiasan di bahagian rodanya.

Ruang dalam mendapat dashboard, panel pintu dan tempat duduk EVO III sebagai menu utama. Bagi mengepit badan Zool ketika membesit, sebijik Recaro SPG ditempatkan pada ruang pemandu. Beberapa komponen penting lain turut ditambah seperti stereng Momo Speed, burger dashboard, pedal RalliArt dan armrest telor. Membantu aspek pemantauan adalah 5 bijik meter Defi di ruang tengah, termasuk unit RSM dan SAFC II sebagai gajet talaan.

Kereta ini datang dengan enjin berkuasa diesel 4D68, yang mungkin pernah digunakan sebagai uber sewaktu zaman mudanya. Sebagai langkah naik taraf, ia telah disisihkan di tiang bengkel bagi memberi laluan kepada enjin 4G63T EVO III yang lebih padu.

Salinan enjin ini diberi beberapa komponen tingkat kuasa yang bersesuaian, seperti penempatan camshaft HKS 264° serta cam gear Works Engineering di bahagian kepala silinder. Memastikan sistem pendesak mampu bekerja pada tahap optimum, unit turbo TD05H yang masih digunakan, kini digantung pada sebuah manifold kustom bersama wastegate dari Tial.

Proses sejukan dibantu intercooler rekaan GReddy, termasuk binaan paip sambungan kustom. Sebaik diterima throttle body Super90, lebihan boost yang tidak digunakan seterusnya akan dilepas keluar menerusi injap pelepas Tial.

Keperluan bahan api dihantar oleh pam petrol Walbro, sambil dikawal regulator Arospeed. Membolehkan kabel pencucuh NGK R09 menghasilkan letusan yang sempurna, kotak ECU asal telah ditala semula menggunakan unit SAFC II dari Apexi.

Berbanding model tempatan, Lancer CB mempunyai pertalian yang jauh lebih dekat dengan siri Evolution. Hal ini memudahkan proses naik taraf, termasuk penggunaan sistem pacuan AWD sepenuhnya. Memastikan hantaran kuasanya tidak tergelincir, ruang kotak gear telah dilapik set klac jenis plet berkembar dari OS Giken.

Lepas penat membanting tulang, pembelian dan modifikasi kereta ini umpama ganjaran paling bermakna yang mampu dihadiahkan Zool kepada dirinya. Tengok, kerja sendiri pun ada bonus. Huntong la…

 

Previous Post

TRIMAS AUTO ELECTRICAL, PLATFORM BELIAN ATAS TALIAN

Next Post

SUPIR NOUVA

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved