Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

SI KEMBAR SUPRA – TOYOTA SOARER Z10 TURBO

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
18/05/2013
in MODIFIKASI, UTAMA

Lama sebelum Supra dihasilkan, Toyota memiliki rangkaian produk kereta sport yang banyak. Pada zaman itu, Toyota Soarer boleh dikatakan sebagai cukup canggih dengan teknologi yang kalau dilihat sekarang pun, kita akan kagum. Pernah tengok panel pendingin hawa jenis skrin sentuh? Kereta ini memilikinya.

Walaupun kereta yang direbiu kali ini tidak menggunakan pendingin hawa sebegitu, tetapi percayalah, teknologi tersebut wujud pada model Soarer sebagai pilihan daripada kilang.

Soarer ini pada asalnya menggunakan enjin 1G-EU 6 silinder 2,000cc dengan sistem suntikan bahan api elektronik, satu lagi inovasi teknologi yang memang orang Malaysia ketika itu tidak pernah tengok.

Hendak tahu betapa canggihnya kereta ini, bayangkan ia sezaman dengan Corolla KE70! Namun, selepas masuk abad ke 21 enjin tadi pun sudah menjadi tidak secanggih mana. Jadi, pemiliknya menggantikannya dengan enjin 1JZ-GTE. Dalam dalam kata lain, enjin Supra JZA-70.

Enjin 1JZ-GTE, biarpun sekarang dibayangi oleh enjin 2JZ-GTE yang digunakan oleh Supra JZA-80 dan Soarer Z30, ia boleh jadi sangat berkuasa jika diubahsuai dengan betul. Pemiliknya meningkatkan keupayaan enjin itu dengan padanan sebuah intercooler muatan hadapan Trust dan wastegate jenis luaran 40mm daripada Turbosmart.

Tidak lengkap sebuah enjin turbo jika tidak dipasangkan dengan unit blow-off. Maka, satu unit blow-off daripada HKS digunakan. Sistem penghantaran bahan api pun dinaik taraf menerusi aplikasi satu pam bahan api jenama Bosch dan penyelaras bahan api daripada FSE.

Enjin baru itu turun mendapat ‘otak’ yang baru iaitu MicroTech LTX12S. MicroTech LTX12S merupakan unit ECU yang boleh diprogram sepenuhnya buatan Australia. Dengan enjin bersesaran 2,500cc dan turbo gergasi, sistem ekzos pun turut dipertingkatkan. Modifikasinya mudah, paip tengah jenis aliran terus bersaiz tiga inci dan sebuah peredam bunyi Trial dengan diameter paling besar digunakan.

Bagi kotak gear, Soarer menggunakan transmisi manual standard enjin 1J-GTE bersama klac perlumbaan daripada Exedy. Walaupun begitu, ada satu perkara lagi yang sebenarnya ramai orang lupa ialah gandar belakang.

Baiklah, untuk kereta dengan pacuan roda belakang atau FR (front engine rear wheel drive), kuasa daripada enjin disalurkan kepada gandar belakang untuk memusingkan roda.

Secara jujurnya, gandar standard sebenarnya tidak mampu menampung bebanan kuasa yang lebih. Nisbahnya juga tidak sesuai dengan kuasa daripada enjin baru. Atas alasan itu, pemiliknya telah mengubahsuai sebuah gandar yang diambil daripada trak pikap Toyota Hilux dan dipadankan pada Soarer itu. Ternyata gandar yang direka untuk kegunaan off-road itu mampu menerima asakan kuasa daripada enjin tanpa sebarang masalah.

Untuk sebuah kereta klasik, saya memang cukup tidak berkenan dengan segelintir individu yang memasang bodykit mengarut. Sebabnya mudah, kereta lama harus dikekalkan gaya lamanya.

Sama seperti Chip Foose yang mengubahsuai kereta muscle. Pernah beliau pasang bodykit gentian pada kereta yang dibinanya? Pemilik Toyota Soarer Z10 Turbo ini bertindak bijak dengan membiarkan reka bentuk klasik Soarer kekal seperti apa yang dimahukan oleh pereka asalnya.

Ubahsuai yang membezakannya sedikit daripada Soarer yang lain ialah rim sport VR 17 inci dengan tayar-tayar Kumho bersaiz 235/45 pada roda hadapan dan 255/40 di belakang.

Previous Post

MAZDA GENERASI BG

Next Post

FD CONVERT TYPE-R

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved