Pertama kali Chevrolet memperkenalkan K5 Blazer adalah sekitar tahun 1969 yang memberikan saingan hebat kepada Ford Bronco. Dalam masa yang singkat, ia menjadi kegilaan ramai dan berjaya mengumpul peminatnya yang tersendiri.
Untuk rekod, Chevrolet K5 Blazer yang telah menjalani restorasi penuh ini menarik perhatian salah seorang pembeli setelah melihat ianya dicat semula dengan warna oren dan putih ini. Selain itu, casis, enjin dan beberapa bahagian lain juga telah dibaik pulih.
Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan karburator dicuci bersih, begitu juga dengan kompresor penghawa dingin yang baru. Enjin ini diselaraskan pula dengan transmisi automatik tiga kelajuan dan casing pemindahan jarak jauh yang menghantar kuasa khusus ke bahagian belakang atau terus ke empat-empat roda.
Melengkapi bahagian luar ini adalah bumper yang telah digantikan dengan yang baru, lampu, cermin, rim, panel dan macam-macam lagi. Manakala bahagian dalamnya turut mendapat sentuhan serba baru dari karpet, sarung kerusi, tempat duduk dan juga upholsteri vinil hitam. Apa yang paling menarik, sistem audio yang turut dinaik taraf dengan Bluetooth dan subwoofer dari JF Audio.
Sumber – carscoops