Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Sesuai Untuk Dibawa Ke Pusat Membeli-belah Atau Menempuh Laluan Berliku Dan Permukaan Berpasir

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
23/06/2020
in BULETIN, UTAMA

Antara model yang penting buat pengeluar dari Republik Czech sudah pastinya Skoda Octavia. Generasi pertamanya mula menemui pembeli pada tahun 1996. Sebelum itu, model pertama yang menggunakan plat nama Octavia ini mula digunapakai seawal tahun 1959. Kini jenama Octavia telah pun mempunyai generasi keempat menerusi Mk4 yang mula diperkenalkan pada tahun lalu. Disebabkan wabak pandemik Covid-19, pemilik pertamanya masih lagi menunggu kereta yang telah ditempah sekian lama.

Dengan menggunakan pelantar yang sama, versi Wagon turut diperkenalkan terhadap model ini, Skoda Octavia Scout. Jikalau ada yang bertanya mengapakah Skoda tidak lagi menggunapakai plat nama Combi untuk model Wagon seperti kelaziman sebelum ini, maka inilah jawapan sebenarnya.

Jikalau dilihat secara teliti, sebenarnya terdapat sedikit perbezaan dari segi ketinggian berbanding model biasa. Skoda Octavia Scout ini sebenarnya mempunyai kelegaan permukaan tanah sehingga 15 mm serta mempunyai pelindung di bahagian bawah badan kenderaan. Tidak lupa juga penggunaan body cladding bagi membezakan penampilan. Justeru, Wagon yang kelihatan sedikit rugged ini sebenarnya sesuai untuk dibawa ke pusat membeli – belah atau pun bersama ahli keluarga untuk menempuh laluan yang sedikit berliku di permukaan yang berpasir dan tidak rata misalannya.

Menggerakkan Wagon rugged yang bersaiz sederhana ini, beberapa pilihan enjin turut ditawarkan kepada bakal pembeli. Inginkan yang lebih berkuasa, boleh sahaja memilih enjin generasi baharu 2.0 TDI EVO yang mampu menghasilkan kuasa 147 kW (200 PS). Malah enjin ini berupaya untuk menarik trailer di belakang yang mempunyai berat sehingga 2,000 kg. Pilihan enjin 2,0 liter TDI dengan kuasa 140 kW (190 PS) turut ditawarkan kepada pembeli selain daripada enjin e-TEC 1.5 TSI yang turut hadir dengan sistem teknologi hibrid sederhana.

Untuk ruangan kabin, model ini menampilkan rekaan yang agak minimalis tapi masih kelihatan elegan. Stereng pun jenis dua jari sahaja. Tapi masih kelihatan moden. Manakala untuk sistem infohiburan, skrin bersaiz 10 inci digunakan. Mungkin sikit hari lagi ada yang mula pakai skrin 14 inci pula. Tempat duduknya yang turut dilengkapi dengan ThermoFlux serta dibaluti upholsteri kulit mewah berserta dengan stereng dan juga perehat tangan.

Sebenarnya rekaan Wagon dengan penampilan rugged sebegini bakal menjadi trend. Tidaklah bosan sangat melihatkan tipikal sebuah Wagon. Sudah tentu faktor keluasan ruangan kargo yang luas menjadi taruhan utama untuk memikat pembeli. Dan Skoda Octavia Scout ini dijangka bakal berada di pasaran pada tahun 2021.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

 

Previous Post

Melibatkan Pemandu Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dibawa Ke Kabinet Dua Minggu Lagi

Next Post

Ferrari Roma Ke Pasaran Malaysia

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved