Ada cakap-cakap kurang senang yang mengatakan Audi hilang taring dan kurang mengujakan dengan ‘melepaskan’ TT RS 5-silinder dan R8 V10. Mungkin benar tetapi lain pula dengan apa yang diperkatakan oleh pengarahnya, Sebastian Grams mengatakan model-model akan datang menjanjikan prestasi yang jauh lebih laju menerusi laporan yang disediakan Autocar.
Menurut laporan Autocar lagi, Audi sedang mencari konsep yang berlainan untuk menggantikan enjin mid supercar. Pengganti R8 harus memenuhi strategi elektrik Volkswagen Group dan begitu juga untuk TT. Syarikat induk Audi harus memberikan ‘lampu hijau’ untuk tujuan itu. Kata Grams lagi, akan ada lebih banyak model SUV dengan lencana RS pada masa hadapan.
Pengarah Urusan Audi Sport juga menjanjikan kereta RD elektrik akan menyusuli RS E-Tron GT. Model-model akan datang tanpa enjin pembakaran sedang dibina tanpa menambahkan berat untuk mencari keseimbangan yang sempurna di antara kuasa dan kepingan ekstra bateri.
Tambahan pula, kereta plug-in hybrid juga menyusul dan ia juga tidak kurang hebatnya dengan model-model yang berada di atas jalan raya hari ini. Sebagaimana pengumuman yang dibuat pada September 2019, generasi seterusnya untuk RS4 Avant akan menggunakan setup PHEV. Bukan semua model mendapat treatmen RS treatment kerana jenama ini mahu mengelakkan dari RS Inflasi seperti yang dikatakan oleh Grams.
Menjelang tahun 2030, semua model Audi Sport akan dikeluarkan dalam varian elektrik!
Sumber : Autocar