Sebagai satu jenama kenderaan yang terkenal di serata dunia, Mitsubishi Motors sentiasa berusaha untuk memastikan para penggunanya dapat merasai nikmat atas setiap kenderaan yang mereka hasilkan. Mungkin tidak ada pada pengeluar kenderaan yang lain di mana Mitsubishi menghasilkan 2 buah model yang berbeza kapasiti ataupun spesifikasinya tetapi di atas cesi yang sama.
Contoh yang paling jelas ialah Lancer dan juga Evo. Kalau seseorang itu mempunyai bajet lebih dan suka pada jentera berprestasi, mereka boleh memiliki Evo. Jika sebaliknya, mereka boleh memilih untuk mendapatkan Lancer. Ini pada pendapat peribadi dan apa yang saya rasakan.
Jika di negara kita, peminat Evo memang ramai. Namun, kemasukkannya ke Malaysia boleh dikatakan terhad serta harga yang agak mendebarkan. Maka ramai yang mengambil inisiatif untuk menjadikan Lancer kepada Evo. Beli half cut terus senang. Salin sebiji. Kepala pun tak sakit. Cuma poket ajela yang mengaduh… takpe kerana yang penting tetap dapat Mitsubishi. Tak gitu…
Mungkin ramai menyangkakan model yang korang lihat ini adalah Evo ori. Salah. Ini bukan ori tetapi sebuah Lancer CK2A yang pada asalnya didatangkan dengan nadi 1.5 liter n/a sahaja. Jentera kelahiran sekitar tahun 1995/1996 ini telah disalin sepenuhnya menjadi sebuah Evo. Selagi cesi dia semua sama, bukan satu masalah besar untuk melakukan proses transformasi.
Salinan lengkap enjin dari Evo 5 memastikan jentera ini bakal menjadi sebuah pejuang di atas jalan yang penuh dengan lawannya. Beberapa komponen berprestasi telah dipasangkan pada enjin ini antaranya wastegate dari Turbosmart, ekstraktor banana rekaan Tonnka, dan akhir sekali sistem ekzos lengkap stainless steel yang diikatkan bersama muffler HKS Hi Power di belakangnya.
Jentera ini dijanakan kotak gear 4WD sepenuh masa yang turut dilengkapi dengan klac plet tunggal Ogura. Selain itu, talaan yang lebih baik terhadap enjin dilakukan melalui unit ecu yang telah dipetakan semula.
Kedudukan jentera ini dilaraskan mengikut kesesuaian melalui penyerap hentak boleh laras BC Hi Lo Soft Hard lengkap dengan bodyshift. Kuasa memberhentikannya pula dibantu oleh kaliper lengkap Brembo dari Evo 6 depan dan belakang.
Ruang dalaman jentera ini disalin sepenuhnya milik Evo 6. Beberapa komponen elektronik turut terpasang antaranya Defi Amber Red 5 beradik, meter RSM Black, pengawal boost Profec B dan unit pemasa turbo dari Blitz. Stereng RalliArt yang digunakan dipadankan bersama tombol gear milik Evo 6.
Seperti yang dapat dilihat, bahagian luar jentera ini dipasang dengan kit badan lengkap milik Evo 6, bumper hadapannya pula diambil dari model Evo 6 RS. Rim yang tak pernah turun harga, TE37 berukuran 17 inci mengambil posisi masing-masing untuk melengkapkan lagi penampilan jentera ini. Lain macam mainan pahlawan Melaka ni. Agaknya ada lombong emas kat belakang rumah…
Spesifikasi
Kereta : Mitsubishi Lancer CK2A Full Evo6
Modifikasi Enjin : Enjin Evo 5 4WD full time, boost 1 bar, banana Tonnka, wastegate Turbosmart 40mm, Turbo Evo 7, piping aloi HKS Evo 6, piping ekzos SS depan smpai belakang, muffler HKS Hi Power
Transmisi : Manual 4WD Evo 5, Klac Ogura single plate
Elektronik / ECU : Ecu 5 reflash jalan map sensor 3.5 bar
Suspensi & Cesi : Adjustable BC Hi-Lo Soft Hard body shift
Brek : Brembo Evo 6 depan dan belakang
Roda & Tayar : Rim TE37 17 8.5jj et 30, tayar Goodride 245/40R17
Dalaman : Seat Evo 6, stereng RalliArt, Defi Amber Red 5 beradik, RSM Black, boost controller Profec B, turbo timer Blitz, armrest telor CK laci atas bawah, gearknob Evo 6, karpet kaki Evo 6
Luaran : Bodypart Evo 6, ganador CP9A, bumper depan Evo 6 RS
Bengkel & Tuner : SJ Garage Melaka, AA Work Racing, Mdtuner
Owner : Mohd Faizul Md Ros