Diperkenalkan baru-baru ini di hadapan sebilangan penonton di Korea Selatan, kini Genesis GV70 2022 membuat penampilan pertamanya di Amerika Syarikat. Selepas saiz pertengahan GV80, ini adalah model SUV kedua dari Genesis yang bersedia untuk memberi saingan dalam segmen compact crossover seperti Audio Q5, BM5 X3, Mercedes-Benz GLC dan Volvo XC60.
Genesis sudah mendedahkan rekaan akhir untuk crossover kecilnya tetapi bagi penampilan pertama secara global ini lebih banyak informasi dikongsikan tentang apa yang ada di sebalik SUV dan apa yang boleh diharapkan ketika ia tiba di bilik pameran kelak. Bermula dengan rekaan yang mengambil signature crest grille Genesis dan juga bentuk split quad-headlight. Garis parabolik yang bermula dari lampu hadapan kemudian menyusur turun sepanjang kenderaan ini membangkitkan sensasi pergerakan. Di bahagian belakang, tiang-c yang unik mengingatkan kita kepada Porsche 928, sekali gus menunjukkan gaya yang ada pada GV70 ini tidak seperti pesaingnya.
Genesis mengesahkan GV70 akan dihantar ke Amerika Syarikat dalam dua jenis enjin; pengecas turbo 4-silinder 2.5 liter dan 3.5 liter V6 pengecas turbo berkembar. Tiada output kuasa yang disenarikan tetapi berkemungkinan, mereka memadankan sedan G80 dengan SUV GV80 dengan 304 hp dari 4-silinder dan 380hp dari V6, kedua-duanya melalui transmisi automatik 8-kelajuan. Menurut Genesis, GV70 ini berasaskan platform pacuan roda belakang tetapi pacuan 4 roda juga ada ditawarkan.
Berdasarkan material yang digunakan aluminium untuk bahagian hood dan tailgate, GV70 ini seharusnya seronok dipandu. Para pemandu juga boleh memilih sehingga 4 mode seperti Eco, Comfort, Sport dan Custom. Pakej Sport yang ditawarkan turut menyediakan mode kelima dan pakej ini turut membawakan dark chrome mesh grill tiga dimensi, rekaan bampar yang eksklusif, pengudaraan ekzos lebih luas,
Opting for the Sport Package also adds a fifth sport plus mode. The Sport Package adds a blackout bezel, three-dimensional dark chrome mesh grille, exclusive bumper design, large circular exhaust tips dan tayar eksklusif. Bahagian kabin dipakaikan dengan perincian gentian karbon dan pilihan warna yang unik. Bahagian kabin ini lebih menawan berbanding eksterior yang diinspirasikan dari seksyen aerodinamik sayap pesawat dengan elemen yang kaya dan unik.
Di bahagian tengan, dilengkapi dengan skrin sesentuh Liquid Crystal Display 14.5 inci dengan gear shift-by-wire yang cantik seperti permata. Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi teknologi pintar terkini seperti sistem pengesahan cap jari dan Advanced ROA (Rear Occupant Alert) dengan radar pengesan. Bahagian keselamatan tidak berhenti setakat itu kerana ia juga dilengkapi dengan Highway Driving Assist II (HDA II) yang membantu untuk mengawal stereng ketika mengubah lorong jalan dan sangat aktif dalam memberi respon ketika berada jarak terlalu dekat serta memintas pada kelajuan rendah.
Menurut Genesis, sistem peralihan lorong ini telah dipertingkatkan dan boleh bergerak secara automatik menggunakan lampu isyarat. Dua ciri-ciri baharu yang turut dipasangkan adalah Intelligent Speed Limit Assist (ISLA) dan Navigation-based Smart Cruise Control (NSCC) yang berfungsi untuk mengawal kelajuan berpandukan had laju tempatan dan juga sistem navigasi ketika mengambil selekoh.
Namun begitu, masih tiada maklumat tentang harganya dan Genesis hanya memberikan anggaran kehadiran SUV ini pada tahun 2021. Genesis GV70 ini didatangkan dalam 3 warna baharu iaitu Mauna Red, Barossa Burgundy Metallic, dan Barossa Burgundy Matte. Ia juga akan meneruskan trend interior dengan kombinasi warna unik bersama pilihan seperti Ocean Waves/Pine Grove (dua ton) dan Gray/Velvet Burgundy (dua ton).
Sumber : Carbuzz