Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

SEBUAH PERODUA KELISA … SEKETUL ENJIN YRV

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
09/05/2016
in MODIFIKASI, UTAMA

Memang saya tidak nafikan bahawa kalau main kereta Kelisa dengan enjin Jepun, maka calon paling tepat pastinya enjin KE-VET. Dapat enjin K3-VE pun tak apa. Tak ada turbo. Dengan DVVT dan 1,300cc pun bukan main sedap lagi Kelisa ini dipandu setiap hari.

Tapi adakah enjin Kelisa ini lemau?

Sudah tentu tidak. Enjin EJ-DE 1000cc Kelisa jauh lagi sedap daripada pasangan enjin 4G13 pada sebuah Wira dengan bonet Evo, pastu kelam kabut nampak Fortuner warna oren. Kah kah kah.

 

Sampai sekarang saya masih ada hati nak beli semula Kelisa kalau ada duit. Paling tak banyak kerenah dan barang-barangnya juga semakin murah.

Kereta ini milik Ayie. Nampak dari luar, biasa sahaja. Macam Kelisa yang guna bodypart TR yang lain. Tapi apabila buka bonet depan, nah K3-VET. Saya pun baru tahu yang harga enjin ini dah mula naik semula. Mungkin disebabkan Myvi terpakai dah makin murah. Kemudian Kenari dan Kelisa dah ramai yang mampu beli tunai.

Enjin ini boleh masuk terus dalam Kelisa, tak payah modifikasi langsung. Mounting hampir sama. Cuma apa yang orang khuatir biasanya ialah kotak gear semi auto yang kurang lasak kalau ada hasrat nak tambah kuasa enjin.

Enjin dibiarkan dalam keadaan stok. Apa yang ditukar ialah penapis udara K&N, paip stainless steel ke perumah turbo dan sistem ekzos baru dengan paip 2.3 inci saluran terus.

Kalau ada benda yang lemau untuk sebuah Kelisa keluaran kilang sudah tentu saya undi suspensinya. Memang tidak boleh blah bila top speed. Bergoyang sampai ke ketiak. Bergegar satu kereta.

Ini disebabkan setting lembut yang direka untuk pemanduan bandar. Sebab itu Ayie tidak yakin dan menukarnya kepada set suspensi jenis boleh laras HWL. Keras dan meyakinkan bila nak masuk selekoh. Dalam kelajuan tinggi pun, stereng kekal tegak.

Meningkatkan lagi pengendalian ialah set brek YRV di depan dan brek cakera L500 di belakang. Mengakhiri bahagian ini ialah set rim Enkei RPF1 15 inci yang disarungkan dengan tayar Archilles K-Sport 165/50r15.

Bahagian dalaman macam tak terkesan dengan enjin YRV yang dipasang. Kecuali kalau perati betul-betul konsol gearnya dah tak ada di lantai. Knob gear dipasang di bahagian kolum mengikut spesifikasi YRV. Didatangkan bersama ialah meter YRV, stereng dan set karpet yang menutup terus bekas gear di tengah.

Kerusi asal ditanggalkan dan digantikan dengan Recaro. Kalau buat railing yang betul maka akan dapat posisi duduk yang sedap. Kalau buat cincai, duduk atas kerusi 3V lagi sedap. Kerusi belakang ditukar Coure TR. Akhir sekali, pemain audio CD Kenwood.

Untuk kosmetik, saya pilih bodypart TR. Bukan tidak boleh Gino, tapi cabarannya amat berat untuk ditempuh bila berjumpa dengan Fortuner warna oren.

Pada hal, bahaya apa lah sangat setakat tukar bodypart yang pasang balik skru lama kan? Bersepah lori yang tak ikut spec. Itu belum campur yang jual rebuilt badan lori atau bas. Lagi lah bahaya.

Ini lah yang orang cakap, gajah depan mata tak nampak, antena twinblade di Fukushima boleh pula teropong.

Akhir kata, majulah YRV untuk K-Car!

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

 

Previous Post

MITSUBISHI GRANDIS CHARIOT RALLIART

Next Post

NISSAN SENTRA B13 TEKSI GENTING

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved