Mitsubishi Evolution telah pun memasuki fasa akhir pengeluarannya setelah produksi terakhirnya adalah Evolution X Final Edition. Ini merupakan satu kehilangan yang memberikan impak besar terhadap para peminat Evo di seluruh dunia. Sebut sahaja Evo, pasti bilangan peminatnya luar biasa sehinggakan kanak-kanak pun kenal apa itu Evo.
Evolution X (10) amat berbeza dengan Evo yang lain. Baik dari segi kod enjin sehinggakan ke penampilannya. Cesi yang sama telah digunakan bagi model Lancer GT dan untuk keluaran Malaysia yang dihasilkan oleh Proton diubah sedikit dan dikenali dengan nama Inspira.
Oleh kerana untuk memiliki sebuah Evo terlalu sukar ataupun masih lagi pada kadar harga yang agak tinggi, peminatnya seperti biasa akan melakukan sesuatu yang dapat memuaskan kehendak mereka. Jalan yang paling mudah adalah mengubah sebuah Lancer menjadi sebuah Evo. Jentera yang dipaparkan sekarang mungkin tidak ramai menyangka yang asalnya merupakan sebuah Lancer GT jika tidak diberitahu.
Bahagian luar disalin sepenuhnya dengan kit badan asal Evo X edisi pertama serta padanan ‘wide body kit’ ke atasnya. Tampak lebih bergaya apabila dipadankan pula dengan rim Volk Racing CE28N berukuran 18 inci. Manakala kedudukannya dilaraskan mengikut kesesuaian menggunakan sistem suspensi boleh laras PRS bagi memberi lebih kestabilan dan juga keselesaan.
Menjenguk ke bahagian dalam, tiada lagi kelibat komponen Lancer kerana semuanya telah digantikan milik Evo X. Antaranya papan pemuka lengkap dengan stereng, door trim, pedal, perehat kaki dan konsol serta panel gear. Meter paparan dan juga tempat duduk dari Ralliart. Untuk hiburan, jentera ini dipasangkan dengan sistem audio lengkap dari Rockford Fosgate Evo X.
Nadinya juga telah disalinkan dengan enjin 4B11T milik Evolution X yang lengkap dengan kotak gear asalnya. Enjin tersebut tidak dinaik taraf dengan begitu ekstrem namun diperkemaskan semula. Untuk sedikit berkuasa, talaan semula dilakukan dengan bantuan unit ecu yang telah dipetakan semula. Tiada apa yang mustahil sebenarnya. Jika ada minat semuanya akan menjadi nyata!
Spesifikasi MKK
Kereta : Mitsubishi Lancer GT
Modifikasi Enjin : 4B11T Evolution X, relocated battery system Evo X
Transmisi / Gearbox : Super Sport Transmission, Snow/Gravel/Tarmac, Normal/Sport/Supersport
Elektronik / ECU : Evo X (remapped)
Suspensi & Cesi : PRS adjustable, lower arm Evo X
Brek : LS430 with rotor 350mm endless type
Roda & Tayar : Volk Racing Ce28n 18×9.5jj et18 with 265/35 Landsail tyres
Dalaman : Dashboard bezel Evo X, doortrim fabric Evo X, complete gear lever & gear console Evo X, Meter colour Ralliart Mph, Seat Ralliart, full audio system Rockford Fosgate Evo X, carpet Evo X, stereng Evo X full button, paddle aluminium Evo X with footrest aluminium Evo X.
Luaran : Full bodykit Evo X 1st version with foglamp deleted + widebody Evo X.
Bengkel & Tuner : QN Garage, Z3 Auto Performance & Parts, Shifter Autocraft
Owner : Boy Rody (ig) / Rody Rody (fb)