Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Sebanyak 26,852 Unit Kenderaan Terjual Pada Bulan Oktober Lalu

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
04/11/2020
in BULETIN, UTAMA

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperbaharui rekod jualan bulanan tertinggi dalam sejarah penubuhannya sejak 27 tahun lalu dengan menjual 26,852 unit kenderaan pada Oktober.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata angka jualan yang dicatatkan bulan lalu adalah lebih tinggi berbanding 25,035 unit yang dicatatkan pada September.

“Pada September, kami telah mencatatkan jualan bulanan tertinggi sepanjang 27 tahun sejarah PERODUA dan kini, telah mengatasi pencapaian berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada bulan dikaji, PERODUA telah menjual 8,052 unit Myvi, 6,738 unit Axia, 6,895 unit Bezza, 3,193 unit Aruz dan 1,974 unit Alza.

Ketiga-tiga model teratas kekal sebagai kenderaan terlaris di Malaysia setakat tahun ini.

Zainal Abidin berkata, kejayaan itu penting kepada PERODUA bagi membuktikan komitmennya terhadap penghantaran secepat mungkin dan juga peranannya dalam memulihara ekosistem automotif.

“Dalam Oktober sahaja, kami telah membelanjakan sebanyak RM600 juta untuk membeli komponen daripada pembekal tempatan, seterusnya menghasilkan kesan pengganda ekonomi yang besar kepada ekosistem automotif tempatan, yang turut terkesan dengan pandemik yang kita hadapi sekarang,” katanya.

Ekosistem automotif merangkumi sektor langsung dan tidak langsung, seperti pembekal komponen automotif, pengedar sah, stokis, agensi dan kontraktor.

Rakan niaga tidak langsung termasuk institusi kewangan seperti bank dan syarikat insurans.

Dari segi kapasiti pengeluaran, beliau menjelaskan, PERODUA kini berada di 98 peratus secara purata pada Oktober dengan pengeluaran 26,362 kenderaan, yang juga menjadi angka bulanan tertinggi daripada kilangnya di Sungai Choh.

“Kejayaan ini dicapai dengan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang diikuti oleh setiap kakitangan dan rakan niaga kami, termasuk bekerja dari rumah serta ujian mandatori bagi mereka yang berada di zon merah, bersama dengan SOP asal yang diperkenalkan pada Mei.

“Dengan komitmen pembekal serta pengedar sah, kami dapat menjual lebih banyak kenderaan dan yang paling penting, memastikan kepuasan pelanggan kerana kenderaan Perodua dihantar dalam tempoh yang terdekat.

“Strategi kami seterusnya adalah untuk memanfaatkan penawaran nilai dan kualiti dalam produk dan perkhidmatan kami kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Zainal Abidin berkata, PERODUA sedang berusaha untuk mengekalkan momentum jualan dan pengeluaran bagi memastikan penghantaran kekal tinggi dan pelanggan berpuas hati dengan tawaran kenderaan dan perkhidmatan mampu milik syarikat.

Sumber : BH Online

Previous Post

Penjenamaan Semula EON Buat Kali Ketiga

Next Post

Model Versatil Yang Selesa, Berkuasa Dan Ada Gaya

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved