Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Sasar Jual 240,000 Kenderaan Tahun Ini

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
04/02/2021
in BULETIN, UTAMA

Perodua menyasarkan untuk menjual 240,000 kenderaan pada 2021 – kenaikan 9% daripada 220,163 unit yang dijual pada 2020, berikutan permintaan tinggi bagi model-modelnya serta lanjutan pengecualian cukai jualan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini. Sebagai perbandingan, Perodua telah menjual 240,341 kenderaan pada 2019.

Jualan 220,163 unit pada 2020 terdiri daripada 66,330 Myvi, 59,651 Axia, 56,996 Bezza, 22,494 Aruz, 14,691 Alza dan satu model lain berbanding jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 529,434 unit, memberikan Perodua 41.6% penguasaan pasaran.

“Dengan pengecualian cukai jualan yang dilanjutkan sehingga akhir-Jun 2021, perkembangan vaksin COVID-19 baru-baru ini dan permintaan berterusan bagi semua model kami, kami yakin 2021 akan menjadi tahun pemulihan buat kami,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Beliau menambah bahawa Perodua dan ekosistem automotif Malaysia menghargai segala sokongan kepada industri dan akan memberikan kerjasama penuh kepada kerajaan dalam memastikan semua prosedur operasi standard berkaitan COVID-19 dipatuhi.

Dato’ Zainal juga berkata bahawa dengan pemulihan jualan Perodua yang dijangkakan, pengeluar kenderaan kompak tersebut menjangkakan pembelian komponen tempatan sebanyak RM6.5 bilion tahun ini.

“Di samping itu, berikutan pengakhiran 2020 yang lebih baik daripada jangkaan Perodua serta industri, kami ingin menambah stok kami dengan menaikkan sasaran pengeluaran kami kepada 272,000 kenderaan tahun ini – tertinggi dalam sejarah kami. Kenaikan ini akan membawa kepada penghantaran yang cepat pada tahun ini,” kata Dato’ Zainal.

Sasaran pengeluaran Perodua 2021 mewakili peningkatan sebanyak 23% daripada 220,968 unit yang dikeluarkan pada 2020, dan dengan kesemua modelnya mengandungi lebih 90% komponen tempatan, Perodua kekal menjadi pembeli komponen automotif terbesar di Malaysia.

Menurut Dato’ Zainal, Perodua juga menyasarkan peningkatan 20% dalam pengambilan servisnya, daripada 2 juta unit pada 2020 kepada 2.4 juta unit pada 2021, terdiri daripada pelanggan semasa serta baharu.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia kerana menjadikan Perodua pengeluar kenderaan terlaris di negara ini selama 15 tahun berturut-turut.

“Dalam usaha kami untuk terus mendapatkan sokongan daripada para pelanggan kami, Perodua akan mengubah pendekatan kami dalam segala aspek, baik dalam perhubungan pelanggan, nilai-nilai kami mahupun operasi kami – terutama sekali di bahagian jualan kami, Perodua Sales Sdn Bhd,” kata Dato’ Zainal.

Beliau berkata pendekatan ini, yang dinamakan ‘Perodua Smart Build’, akan merevolusikan penawaran Perodua di samping meningkatkan lagi kemampuan operasi syarikat kereta kompak tersebut.

“Maklumat lanjut dan kesan inisiatif ‘Perodua Smart Build’ terhadap Perodua, rakan-rakan niaga kami, ekosistem automotif serta pelanggan kami yang dihargai akan diumumkan dalam waktu terdekat,” kata Dato’ Zainal.

Previous Post

Demi 'Content', Youtuber Sanggup Buat Apa Sahaja!

Next Post

Porsche 911 GT2 RS, Kereta Prestasi Luar Biasa?

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved