Para pengedar Volkswagen di seluruh negara akan mengadakan Rumah Terbuka secara maya pada 20 dan 21 Februari bermula 11.00 pagi hingga 5.00 petang yang menawarkan pelbagai tawaran jualan serta selepas jualan bagi meraikan Tahun Lembu kali ini.
Sepanjang sambutan hujung minggu itu, orang ramai diminta mengikuti saluran media media sosial pengedar Volkswagen untuk mengetahui perincian tentang pelbagai model serta tawaran selepas jualan yang istimewa. Orang ramai boleh mengajukan soalan dan berinteraksi dengan Perunding Jualan dan Penasihat Servis menerusi Facebook Live dari rumah masing-masing.
Mereka yang berhasrat untuk membeli sebuah kenderaan Volkswagen akan menikmati rebat angpau sebanyak RM1,000 ke atas beberapa model terpilih, insurans percuma selama setahun atau penjimatan RM5,000. Selain tawaran eksklusif dalam talian apabila mereka membuat tempahan menerusi Volkswagen eShowroom.
Antara model yang akan diketengahkan ialah Passat Elegance, Passat R-Line dan Tiguan Allspace Highline. Passat Elegance dan varian lebih sporty, Passat R-Line dikuasakan oleh enjin turbo 2.0TSI yang dipadankan bersama kotak gear klac basah direct shift (DSG) yang mampu mampu menjana kuasa 190PS dan tork 320Nm. Sebagai tambahan, Passat R-Line juga hadir dengan Dynamic Chassis Control (DCC) bersama 15 pilihan peningkatan untuk pengalaman pemanduan dinamik yang sebenar.
Dengan pengecualian cukai jualan, Passat Elegance ditawarkan pada harga RM181,856 manakala Passat R-Line berharga RM203,411 di samping penjimatan sehingga RM10,000.
Sebagai sebuah SUV keluarga yang sempurna, Tiguan Allspace Highline sangat menjimatkan bahan api. Terima kasih kepada enjin turbo dengan sistem pancitan bahan api terus 1.4TSI yang dipadankan dengan kotak gear klac basah direct shift (DSG) yang menawarkan kuasa mencecah 150PS dan tork 250Nm.
Jarak roda yang lebih panjang menjadikannya lebih versatil dengan pelbagai konfigurasi tempat duduk dan ruang but seluas 1,775 liter yang terbaik dalam kelasnya. Dengan pengecualian cukai, Tiguan Allspace Highline ditawarkan pada harga RM164,430 dan penjimatan sehingga RM8,000 ke atas model tahun 2020.
Para pemilik kenderaan Volkswagen juga boleh menikmati tawaran terkini di bawah Kempen Servis Selepas Jualan CNY. Ia menawarkan promosi hebat ke atas penggantian alat ganti, minyak enjin tulen dan barangan yang disenaraikan di bawah:
Senarai tawaran tambahan untuk pemilik termasuklah Pemeriksaan Servis 5 Bintang secara percuma, serta diskaun sehingga 20% ke atas bateri dan tayar. Temu janji servis boleh dibuat secara dalam talian di pautan ini. Maklumat lanjut, ikuti laman Facebook pengedar Volkswagen kegemaran anda atau layari laman web: www.volkswagen.com.my.