Jangan Dilarang Minat Orang Muda. Lama-Lama Tahulah Dia Macam Mana Nak Berhenti Main Kereta. Itupun Kalau Boleh…
Dengar kata lepas ni Honda tak lagi keluarkan Honda Jazz? Betul ke ataupun sekadar khabar angin? Takpelah, kalau betul khabar angin ni, kepada yang ada Jazz tu bela la elok-elok. Lepastu simpan. Lepas 10 tahun lagi juallah harga macam RXZ takpun EX5 yang makin menggila macam sekarang.
Penggemar model Jazz ni terlalu banyak di Malaysia. Bermula dari model GD sampailah ke GK, mesti ada sahaja idea-idea baru yang diikut dari negara Jepun dibawa masuk ke Malaysia. Mungkin model dekat luar lagi best dari yang masuk kat Malaysia ni. Kalau tengok dekat Type S Garage, barang-barang aftermarket takpun yang original macam yang ada dekat Jepun tu memang betul-betul meruntun jiwa dan nafsu. Memang ada banyak bezanya. Kalau pakai je kompem kereta korang jadi lawa.
Untuk paparan kali ini, Jazz GK ni betul-betul ditiru dan di photostat sama macam jentera perlumbaan sebuah pengeluar barangan aftermarket di Jepun iaitu J’s Racing. Dorang ni memang sentiasa menghasilkan pelbagai alat ganti dan peralatan yang sememangnya menjadi rebutan para pengguna Honda di seluruh dunia. Baik dari jenama dan kualiti barangan yang dihasilkan, ianya tidak pernah lagi mengecewakan. Walaupun terdapat beberapa lagi pengeluar barangan aftermarket, setiap mereka mempunyai pengikut yang berlainan dan tersendiri.
Jentera Jazz GK ini asalnya hanya didatangkan dengan enjin L15Z automatik CVT. Itu memang spesifikasi bagi semua Honda Jazz yang keluar dekat Malaysia. Namun, pemiliknya telah menukarkan enjin stok tersebut dengan sebuah enjin terpakai dari Jepun L15B Twin Cam yang turut didatangkan dengan kotak gear manual 6 kelajuan. Enjin tersebut dimasukkan pada jentera ini dan kemudiannya diperkemaskan semula serta hanya ditambah dengan sistem ekzos dari J’s racing tanpa melakukan sebarang naik taraf yang ekstrem.
Sistem suspensi jentera ini telah dinaik taraf dengan penggunaan set penyerap hentak boleh laras Blitz ZZ-R HLSH body shift yang akan memastikan kedudukan jentera ini lebih kemas dan lebih membantu dalam sesi pengawalan lebih baik. Sistem breknya juga telah digantikan dengan kaliper 4 pot J’s racing Hyper 4OUR untuk bahagian hadapan.
Dengan konsep yang ditampilkan, ruang dalaman jentera ini juga dilihat menggunakan beberapa peralatan dari J’s Racing antaranya stereng, pemijak kaki serta tempat duduk Recaro SR-7 di bahagian hadapan. Nampak simple, tapi ‘feel’ dia lain macam.
Di bahagian luar merupakan tunjang utama untuk memastikan penampilan jentera ini menyerupai idolanya. Maka keseluruhan kit badan bermula dari bampar hadapan, hood gentian karbon, wing GT gentian karbon, lampu depan, 2 point bar, logo serta pelekat adalah yang asli dari J’s Racing sendiri. Dan semua perlu tahu, kos untuk melakukan seperti ini bukanlah murah. Ianya memerlukan belanja yang sangat besar. Akan tetapi, ianya benar-benar telah memuaskan hati pemiliknya yang terlalu gilakan konsep seperti ini.
Akhir sekali, rim Volk Racing CE28 Clubracer Scholarship berwarna merah telah dipadankan bersama tayar Yokohama Advan Neova AD08R diikatkan kemas pada keseluruhan penjuru jentera ini. Walaupun tidak terlalu ekstrem ubahsuainya, tetapi jentera ini cukup elok dipandang atas kesemua sentuhan yang telah dilakukan. Sekali imbas pasti kita akan merasakan sedang berada di negara matahari terbit jika duduk berhampiran dengannya.
SPESIFIKASI
- Pemilik – Nor Azlan bin Azahari
- Pengeluar – Honda
- Model – Jazz GK
- Tahun – 2016
- Modifikasi Enjin – L15b twin cam manual 6 speed, J’s racing full exhaust piping
- Transmisi – 6 Speed Manual
- Elektronik –
- Ekzos –
- Suspensi – Blitz ZZ-R adjustable hi-Lo soft hard with body shift
- Brek – J’s Racing Hyper 4OUR – 4 pot
- Rim & Tayar – Volk Racing CE28 Clubracer Scholarship wheel ( burning red ), Yokohama Advan Neova AD08R
- Dalaman – J’s Racing steering wheels, J’s Racing floormats for Jazz GK, J’s Racing version 3 spider mat, Recaro SR-7 GK100S
- Luaran – J’s Racing bumpers, J’s Racing carbon fibre hood, J’s Racing GT wing wet carbon, J’s Racing decals 2014, J’s Racing Coplus V4 head lamp, J’s Racing 2 point bar, J’s Racing emblem chrome
- Bengkel – Pinos Motorsport Automotive, Rie Rays Autoworks, Type S Garage, MA Autoparts, King Autoparts, Dopzilla