Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result
Datsun 510

RESTOMOD FIVETEN

Saiful by Saiful
19/09/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Kebiasaannya peminat kereta lama mempunyai dua gaya pilihan, sama ada melakukan proses restorasi asal atau pun mengubah mengikut haluan sendiri. Kedua-duanya memberi kelebihan dan kepuasan tersendiri. Tinggal berani ngan tidak je nak hadap, memandangkan cabaran dan kos yang terlibat agak tinggi.

Apa lagi jika ianya sebuah Datsun Bluebird P510 seperti ini. Di mata mereka yang kurang mengenali, ia mungkin nampak biasa seperti kebanyakan kereta-kereta lama. Tapi dalam kes ini, P510 memiliki alasan tersendiri mengapa ia perlu lebih dihargai berbanding model-model lain.

Lahir pada tahun 1967, P510 diinspirasikan oleh Teruo Uchino mengikut gaya kereta buatan Eropah. Walaupun diberi gelaran poor man’s BMW, ia sarat dengan ciri-ciri berteknologi yang tidak dimiliki pada sedan ekonomi ketika itu. Dibantu jumlah jualan yang memberangsangkan serta impaknya dalam sukan permotoran, P510 diakui sebagai antara model terawal yang berjaya mengubah pandangan dunia tentang kereta-kereta keluaran Jepun.

Sesetengah orang memilih genre kereta lama, bagi mengenang kembali nostalgia dulu-dulu. Mungkin masa muda tak berkesempatan. Bila dah berumur sket, baru ada peluang untuk merasa. Tapi Yen bukanlah seorang yang lanjut usia. Nak keluar EPF pun tak layak lagi. Penglibatan beliau sebenarnya lebih kepada minat dan gaya, untuk menghasilkan sesuatu yang berbeza.

Yen memberi tumpuan penuh kepada bahagian luaran, bagi membentuk sebuah kereta berkarektor. Langkah pertama melibatkan restorasi keseluruhan badan, sebelum dilayangkan dengan kaler kuning berkilau. Beberapa perubahan penting turut dibuat seperti penggunaan gril P510 Supersonic, serta set lampu belakang P510 Coupe. Bagi mengisi ruang bumper yang ditanggalkan, bahagian depan dipasang lip gentian karbon ala BRE. Manakala keseluruhan fendernya, menerima set arca roda kustom gentian karbon.

Ketika pesaing lain masih menggunakan sistem gantungan ala lori, P510 direka dengan suspensi bebas sepenuhnya, sekaligus menawarkan keseronokan dalam pemanduan. Sebagai penambahbaikan, bahagian ini telah dipadankan dengan set suspensi kustom dari PRS. Kuasa hentian masih menggunakan komponen asal. Sementara ruang roda, diisi tayar Westlake Sport RS yang diregang pada rim Pisang rekaan Atara Racing. Selari dengan tema yang dibawa, kedudukan camber perlu dilaras pada sudut negatif bagi mengelak tayarnya menggigit fender.

Kereta ini datang dengan enjin siri L16, salah satu pilihan paling popular ketika diperkenalkan. Berkapasiti 1595cc, ia datang dengan unit karburetor twin barrel Hitachi-SU, yangmampu menghasilkan kuasa sekitar 100hp. Ikut standard sekarang memang tak power mana, tapi sudah cukup baik untuk sebuah kereta yang kurang 1 tan seperti ini.

Walaupun luarnya dah buat macam-macam, bahagian enjin sebenarnya belum lagi diusik. Ada ler sikit kerja-kerja baik pulih untuk menyegarkan semula kuasanya. Perubahan yang boleh dikesan hanya melibatkan penggunaan penapis udara open pod aftermarket, serta kabel pencucuh RFI. Begitu juga dengan sistem pacuan dan transmisi, di mana ia masih lagi kekal dengan komponen asal.

Kemasan ruang dalaman cukup menyerlah, kecuali bahagian dashboard yang agak kurang sempurna. Ia diselamatkan dengan kaedah balutan semula menggunakan material jenis baldu, termasuk gentian karbon pada panel tertentu. Sepasang bucket gentian karbon juga digunakan pada ruang depan, sebelum keseluruhan tempat duduknya dibalut dengan material berwarna hitam.

Bahagian panel pintu diringkaskan dengan kepingan gentian karbon. Disebabkan Yen seorang yang sado terok, ekon beku, radio sinar dan meter tenggek tidak beliau hiraukan. Lain-lain komponen tambahan yang kelihatan termasuklah stereng Datsun Competition, cermin belakang MoonEyes, serta tombol gear tikus Rat Fink.

Ketika menyertai acara Retro Havoc baru-baru, keunikan kereta Yen berjaya memikat hati Ron Celestine dari Speedhunters untuk anugerah khas pilihan juri. Tahniah buat semua yang menjayakan…

 

SPESIFIKASI

  • Pemilik – Zairin @ Yen
  • Pengeluar – Datsun
  • Model – Bluebird P510
  • Tahun – 1972
  • Enjin asal – L16
  • Modifikasi enjin – Penapis udara open pod aftermarket, kabel pencucuh RFI
  • Transmisi – Standard
  • Ekzos – Kustom
  • Luaran – Gril P510 Supersonic, lampu belakang P510 Coupe, lip gentian karbon ala BRE, arca roda gentian karbon
  • Suspensi – PRS
  • Brek – Standard
  • Rim & Tayar – Atara Racing Pisang 15-inci & Westlake Sport RS 195/50R-15 (depan), 205/50R-15 (belakang)
  • Dalaman – Dashboard & tempat duduk balutan semula, bucket & panel pintu gentian karbon, stereng Datsun Competition, cermin belakang MoonEyes, tombol gear Rat Fink
  • Bengkel – Lebai Game
Previous Post

D1GP ALL STAR SHOOT OUT

Next Post

Kempen Peraduan NEXEN Tire Malaysia

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved