Sebagaimana yang diketahui, Mini sering tampil dengan model edisi khas dan bersedia untuk keluaran model tahun 2023 yang melibatkan semua model pada masa yang sama. Setiap satunya mempunyai spesifik unik; Cooper tampil dengan edisi Resolute, Clubman pula dengan Untold. Manakala Countryman, tampil dengan Untamed.
Semua perubahan ini sangat estetik yang melibatkan warna, kemasan, trim dan juga rim. Mini menegaskan bahawa, edisi khas mempunyai personaliti produk yang asli dan sebagai refleksi untuk setiap model. Begitu juga dengan pembeli yang memilih untuk memilikinya. Setiap model ini dijangka akan tiba sebagai model tahun 2023.
Mini Cooper Resolute 2023
Hijau dan gangsa adalah warna utama untuk edisi Resolute ini yang boleh didapati pada model Cooper, Cooper SE dan convertible. Warna ini digelar sebagai Rebel Green yang sebelum ini didapati hanya untuk model JCW. Kemasan berwarna gangsa boleh didapati di sekeliling kereta termasuk headlight dan grille, pemegang pintu, air intakes up hadapan dan penutup minyak. Jalur emas juga dikenali sebagai edisi Resolute dari bahagian luar.
Mini Clubman Untold 2023
Lebih hijau dan emas untuk kereta mesra keluarga ini, Clubman Untold boleh didapati menerusi model S dengan trim level JCW. Kali ini, warna eksterior dikenali sebagai Sage Green yang juga digunakan buat pertama kalinya ke atas Clubman. Lebih hijau lagi di bahagian bawah kereta yang kebiasaanya ditampilkan dalam warna hitam.
Sepertimana edisi Resolute, ia boleh didapati di pelbagai bahagian eksterior (termasuk grille). Bukan itu sahaja, ada juga kemasan hitam di bahagian luar bersama dengan jalur eksterior eksklusif Untold dan rim istimewa bersaiz 18-inci. Sage Green dengan warna kontras yang lebih cerah boleh dilihat di bahagian dalam.
Mini Countryman Untamed 2023
Sesuai dengan penampilan asalnya, Countryman tampil dengan edisi khas Untamed yang boleh didapati dalam model standard dan PHEV. Untamed bermaksud, ia didatangkan dalam warna kelabu yang menyaluti model ini dengan warna eksklusif Momentum Grey metalik.
Lebih kelabu di bahagian badannya, mencetuskan penampilan lebih monokromatik untuk hitam pada bahagian atap dan cermin – melainkan pelanggan memilih untuk mendapatkan eksterior Piano Black yang menambahkan lagi kemasan hitam sekeliling Countryman. Rim dan jalur tebal hitam menjadikan edisi Untamed ini paling menyerlah. Bahagian dalamnya pula adalah gabungan hijau dan biru dengan warna kontras untuk jahitan, grafik istimewa dan juga nama Untamed.
Harga dijangka bermula dari $35,900 (RM150,358.53) untuk Cooper S Resolute dua pintu. Manakala untuk Clubman Untold bermula dari $41,650 (RM174,435.71) dan Countryman Untamed bermula dari $41,900 (RM175,488.76).
Sumber : Motor1