Dalam program Renault Talk yang diadakan baru-baru ini, sebuah teaser Megane E-Tech Electric telah ditayangkan dan bakal dilancarkan pada masa yang terdekat. Ia menjanjikan akan menampilkan ciri-ciri ketersambungan masa hadapan dan juga sebuah kereta elektrik penuh. Renault juga mengesahkan, crossover ini akan dilancarkan tahun hadapan dengan menampilkan logo terbaharu Renault. Ia dikatakan bakal dibangunkan bersama Landor dan Fitch yang melengkapi barisan ini pada tahun 2024.
Dalam masa yang sama, Renault turut mendedahkan interior crossover ini yang menampilkan sistem teknologi tinggi dengan skrin paling top. Seperti yang dapat dilihat, Megane mempunyai kluster instrumen digital yang disalurkan kepada sistem infotainment yang lebih luas dengan orientasi potret. Selain itu, konsol tengah yang terapung dan ruang khas untuk mengecas telefon pintas tanpa wayar.
Namun begitu, Renault masih tidak berkongsi tentang spesifikasi yang lebih spesifik. Model ini terdahulu telah dipertontonkan pada tahun hadapan menerusi konsep Megane eVision yang menggunakan platform CMF-EV yang turut digunakan oleh Nissan Ariya dan menampilkan pek bateri 60kWh. Nissan Ariya didatangkan dengan motor elektrik yang menghasilkan 215 hp (160 kW / 218 PS) dan tork 221 lb-ft (300 Nm), membolehkan crossover ini memecut dari 0-62 mph (0-100 km/h) dalam masa kurang dari 8 saat.
Pendedahan Megane E-Tech Electric ini adalah sebahagian dari rancangan syarikat ini iaitu “Nouvelle Vague (New Wave)”. Rancangan ini direka untuk mengubah pengeluar kereta menjadi sebuah syarikat yang memberikan tumpuan terhadap teknologi, perkhidmatan dan tenaga yang bersih.
Sumber : Carscoops