Hampir setahun yang lalu, Ketua Pegawai Eksekutif, Håkan Samuelsson memberitahu Autocar rancangan untuk menamatkan beberapa model S dan V untuk memberi fokus terhadap pengeluaran SUV. Pada ketika itu, beliau memberitahu keputusan syarikat dengan mengatakan lebih 75 peratus jualan datang dari model XC-badged. Kali ini, beliau memberitahu tentang nasib kedua-dua jenis kereta tersebut.
Walaupun XC60 lebih popular berbanding jualan kombinasi S60/V60 dan S90/V90 pada suku tahun pertama, syarikat ini tidak akan mensia-siakan nasib sedan. Generasi terbaharu model S dan V bakal muncul. Apa yang lebih mengujakan, kedua-duanya tampil lebih menarik dengan mengenakan lower stance dan gaya lebih memukau.
Menurut beliau lagi, sedan dan wagon terbaharu ini akan tampil dengan kurangnya ‘petak’ untuk meningkatkat kecekapannya. Malah, cara yang sama bakal diikut oleh Mercedes menerusi konsep Vision EQXX.
Sebelum ini, Volvo bersungguh untuk mengeluarkan jentera elektrik sepenuhnya, namun ia dijangka tidak akan berlaku sehingga hujung dekad ini. Sementara itu, masih ada lagi ruang untuk lebih banyak generasi kereta dengan enjin pembakaran. Adakah kedua-dua sedan dan wagon bakal diperbaharui? Masih belum jelas.
Generasi terbaharu EV XC90 bakal membuat penampilan pertamanya tahun ini dengan moniker Embla. Ia akan menggunakan platform elektrik dan diikuti dengan SUV yang dikatakan bakal muncul pada tahun 2023.
Sumber : Motor1