Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Rekaan Sepenuh Jiwa, Berinspirasikan Legasi Dan Dibina Untuk Masa Hadapan

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
13/01/2022
in BULETIN, UTAMA

Honda Malaysia hari ini melancarkan secara rasmi Civic Generasi ke-11 Serba Baharu ke pasaran negara. Model yang dinanti-nantikan ini dijangka akan merancakkan lagi pasaran dan mengekalkan posisinya sebagai model nombor satu di dalam segmen C dengan rekabentuk yang bergaya, ciri dalaman yang premium dan prestasi yang terbaik dalam kelasnya.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Puan Madoka Chujo, “Sewaktu proses pembangunan Civic Generasi ke-11 Serba Baharu ini, pasukan R&D Honda telah memberikan segala usaha dan idea dalam mereka bentuk bahagian luaran, dalaman dan pakej keseluruhan kereta ini. Model ini adalah terjemahan unsur-unsur klasik disamping menitikberatkan nilai-nilai Honda yang berterusan.

Konsep rekabentuk baharu ini memberikan Identiti Alaf Baharu untuk sebuah sedan. Dilengkapi dengan ciri-ciri dan teknologi terkini, ia masih mengekalkan DNA model Civic dari segi rekabentuk, pengendalian dan prestasi berkuasa. Model Serba Baharu ini direka dengan sepenuh Jiwa, diinspirasikan dari sebuah Legasi dan dibina untuk Masa Hadapan.”

Honda Malaysia juga buat pertama kalinya memperkenalkan varian RS untuk barisan model Civic dengan meningkatkan ciri-ciri sporty dan gaya berani untuk Civic Serba Baharu ini. Antara ciri-ciri luaran esklusif RS adalah seperti Kemasan Hitam Berkilat di Pintu dengan Cermin Sisi Berwarna Hitam, Antena “Shark Fin”, Pemegang Luar Pintu dan Spoiler Penutup But.

Manakala Ekzos Berkembar dengan Kemasan Krom dan Roda Aloi Hitam “Matte” 18-inci memberikan ciri sporty untuk penampilannya. Civic Serba Baharu ini juga menerima Lampu Utama LED dengan rekabentuk baharu bersama Lampu Nyalaan Siang (DRL) LED sementara Gabungan Lampu Belakang LED dengan rekabentuk yang mencerminkan DNA Civic selain menekankan identiti Honda. Civic Serba Baharu ini menggunakan teknologi Laser Brazing buat pertama kali bagi menampakkan garisan bumbung yang lebih kemas.

Tambahan Puan Chujo, “Honda adalah pengeluar kenderaan umum Jepun yang pertama melancarkan enjin VTEC Turbocharged untuk Civic Generasi ke-10 pada tahun 2016. Penerimaan pasaran untuk enjin Turbocharged Honda itu mendapat sambutan di luar jangkaan dan sejak itu, sebanyak 60% model Civic yang telah terjual adalah dari varian Turbocharged.

Kali ini, kami amat berbangga untuk menawarkan kepada rakyat Malaysia enjin VTEC Turbocharged yang dikemaskini untuk Civic Generasi ke-11 Serba Baharu. Ia akan menaikan lagi taraf kenderaan dalam segmen C dari segi prestasi dan bakal memberikan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan untuk pelanggan kami”.

Civic Generasi ke-11 ini ditawarkan dalam tiga varian – E, V dan RS. Enjin 1.5L i-VTEC Turbocharged yang dipertingkatkan kini didatangkan standard untuk semua varian Civic. Ia menawarkan pemanduan yang menyeronokkan dengan tenaga maksimum 182PS dan tork terbaik di dalam segmennya, 240Nm – menjadikan enjin ini lebih berkuasa dari enjin 2.4L.

Civic Serba Baharu ini juga mempunyai mod pemanduan baharu: ECON, Normal dan Sport Mode yang mudah dipilih menggunakan suis Drive Mode. Sport Mode memberikan sensasi tork yang berkuasa serta pecutan yang responsif, sesuai dengan DNA pemanduan prestasi Civic.

Honda telah mempertingkatkan ruang dalaman Civic Serba Baharu ini dengan menawarkan konsep lebih menyegarkan dengan menggunakan rekabentuk berkonsepkan suasana dan rasa terbuka. Fokus utama ialah untuk memberikan penglihatan visual yang jelas melalui ruang cermin yang lebih luas.

Ciri yang menjadi tarikan utama ialah penggunaan panel Honeycomb Mesh yang berjaya membawa rasa premium pada papan pemukanya. Civic Serba Baharu ini juga mempunyai rekabentuk tempat duduk baharu yang memberikan sokongan posisi badan yang lebih baik ketika memandu.

Varian RS mempunyai tempat duduk Kombinasi Kulit dengan Jahitan Benang Merah berserta Stereng Kulit dengan Jahitan Benang Merah, Lapisan Siling Hitam, Pedal Kaki Sport dan Pencahayaan Ruang Kaki. Varian RS dan V dilengkapi dengan Paparan Audio berukuran 9-inci yang boleh dipadankan dengan Apple CarPlay™ serta Android Auto™ dan 2 slot USB di bahagian hadapan.

Antara ciri-ciri standard untuk semua varian ialah Paparan Kluster Meter (TFT) Interaktif berukuran 7-inci, 2 slot USB untuk tempat duduk belakang, dan Pengelap Cermin Pintar. Pengelap Cermin Pintar adalah ciri yang unik, dan pertama kali diperkenalkan untuk model kereta Honda Malaysia.

Kerangka Civic Serba Baharu ini juga telah diperhalusi untuk menawarkan pengendalian yang lebih baik, dan pemanduan yang lebih selesa. Kerangka Civic Generasi ke-11 Serba Baharu adalah lebih kukuh dari Civic sebelumnya, dengan peningkatan sebanyak 8% dari pengukuhan torsional dan 13% lebih baik dalam pengukuhan liuk (Bending).

Dengan kerangka yang berketegaran tinggi, keselamatan dapat dipertingkatkan sekiranya berlaku pelanggaran dan memberikan mutu pengendalian kenderaan yang lebih baik. Selain itu, untuk memberikan ruang kabin yang lebih senyap dan pemanduan yang selesa, Bunyi, Getaran dan Kekasaran (NVH) juga telah dipertingkatkan, dengan pemasangan insulator, penebat alas lantai dan semburan busa di bahagian kerangka.

Civic Serba Baharu ini juga dilengkapi dengan set lengkap teknologi keselamatan terkini yang intuitif dan pintar. Honda SENSING yang dipertingkatkan ini didatangkan dengan ciri baharu – Sistem Notifikasi Kenderaan Hadapan Berlepas (Lead Car Departure Notification System), pertama kali diperkenalkan untuk model kereta Honda Malaysia. Semasa kenderaan melahu seperti menunggu di lampu isyarat, sistem ini akan memberi amaran kepada pemandu tentang kenderaan di hadapan yang sudah bergerak.

Dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan Honda SENSING yang canggih, Civic Serba Baharu adalah model yang paling lengkap dengan ciri keselamatan untuk kenderaan dalam segmen C. Senarai fungsi-fungsi Honda SENSING diperbaharui yang ada dalam Civic Serba Baharu adalah seperti berikut:
1. Sistem Notifikasi Kenderaan Hadapan Berlepas (Lead Car Departure Notification System) – Baharu
2. Kawalan Pemanduan Adaptif (Adaptive Cruise Control)
3. Sistem Mengikuti Kenderaan (Low Speed Follow)
4. Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (Collision Mitigation Braking System)
5. Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan (Forward Collision Warning)
6. Sistem Bantuan Kekal Lorong (Lane Keep Assist System)
7. Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan (Road Departure Mitigation)
8. Amaran Keluar Lorong (Lane Departure Warning)
9. Lampu Tinggi Auto (Auto High Beam)

Ciri Honda SENSING di dalam Civic Serba Baharu ini telah dipertingkatkan untuk menambah baik fungsi dan juga menawarkan kawalan yang lebih semulajadi. Civic Serba Baharu menerima pembaikan untuk fungsi Kawalan Pemanduan Adaptif (Adaptive Cruise Control) dengan Sistem Mengikuti Kenderaan (Low Speed Follow), yang akan memperlahankan kelajuan dan pecutan dengan mengawal pendikit apabila ia mengesan kehadiran lampu brek atau lampu penunjuk arah dari kenderaan di hadapan.

Satu lagi fungsi Honda SENSING yang dipertingkatkan ialah Sistem Bantuan Kekal Lorong (Lane Keep Assist System) yang memberikan operasi stereng yang lebih realistik dan lancar ketika membelok masuk dan keluar serta membantu kawalan stereng dalam keadaan angin lintang yang kuat atau ketika menerima tempias udara ketika dipintas oleh kenderaan besar.

Ciri-ciri keselamatan yang lain pada Civic Serba Baharu ini termasuk Honda LaneWatch, Enam Beg Udara, Bantuan Kestabilan Kenderaan (Vehicle Stability Assist), Bantuan Mula Mendaki (Hill Start Assist), Amaran Berhenti Kecemasan (Emergency Stop Signal), Sistem Brek Anti-Kunci (Anti-lock Braking System), Agihan Brek Elektronik (Electronic Brake Distribution) dan Brek Pegun Automatik (Auto Brake Hold).

Dua ciri keselamatan baharu pada Civic Serba Baharu ini pula ialah Amaran Tali Pinggang Keledar pada tempat duduk belakang (Rear Seat Belt Reminder) dan Pengawas Tahap Perhatian Pemandu (Driver Attention Monitor). Manakala ciri termaju seperti Kunci Automatik Bila Beredar (Walk Away Auto Lock) dan Penghidup Enjin Kawalan Jauh (Remote Engine Start) merupakan ciri standard untuk semua varian.

Civic Serba Baharu ini juga adalah model ketiga Honda Malaysia yang menampilkan teknologi inovatif terbaru Honda CONNECT. Dengan mengaplikasikan Teknologi Telematik pintar, Honda CONNECT membuktikan visi Honda untuk menawarkan nilai kepada aspek mobiliti dan kehidupan seharian manusia dengan penggunaan platform informasi pintar yang memberikan kelebihan dari segi Keselamatan, Sekuriti dan Kemudahan.

Pemilik Civic Serba Baharu buat pertama kalinya dapat menggunakan Sistem Telematik yang dapat menghubungkan pemiliki dengan kereta mereka menerusi satu sentuhan pada aplikasi telefon bimbit. Fungsi utama Teknologi Telematik pada Honda CONNECT termasuklah Diagnostik Kenderaan, Aplikasi Jarak Jauh, Aplikasi Keselamatan, Pemantauan Kenderaan dan Perkhidmatan Sokongan yang direka untuk menawarkan kelegaan minda pemilik dan memudahkan akses pemilik mendapatkan informasi kenderaan. Ia juga seronok digunakan, menambahkan lagi keriangan sebagai pemilik kereta Honda.

Harga untuk varian E ialah RM125,634.64, sementara varian V pula berharga RM138,043.36. Pelanggan Honda yang mahukan varian RS boleh memilikinya dengan harga RM144,350.09. Dengan pelancaran model yang menarik ini, Honda Malaysia mensasarkan jualan sebanyak 900 unit sebulan.

Dua warna baharu juga turut diperkenalkan iaitu merah (Ignite Red Metallic) dan kelabu (Meteoroid Gray Metallic), selain dari warna-warna putih mutiara (Platinum White Pearl), perak (Lunar Silver Metallic) dan hitam mutiara (Crystal Black Pearl).

Dilengkapi dengan teknologi inovatif dan pintar, Civic Serba Baharu ini akan menarik perhatian keluarga muda urban, profesional dan sesiapa sahaja yang sedang mencari kenderaan yang bergaya, rekabentuk premium dan seronok untuk dipandu serta dilengkapi teknologi termaju.

Untuk maklumat lanjut atau sesi pandu uji Civic Serba Baharu, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana 102 pusat jualan sah Honda di serata negara atau hubungi talian Tol Percuma Honda di 1-800-88-2020 atau layari laman web www.honda.com.my atau muat turun aplikasi HondaTouch.

Previous Post

Bakal Muncul Di Tokyo Auto Salon 2022

Next Post

Baharu Dilancarkan pada harga bermula RM211,916.88

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved