Pengeluar kereta Korea Selatan, Kia Motors, secara rasmi mendedahkan foto rasmi MPV popularnya, Kia Carnival 2021. Menurut Kia, generasi keempat minivan yang digelar Kenderaan Utiliti Saiz Besar (Grand Utility Vehicle) itu menampilkan rekaan lebih dinamik. Namun begitu, sekali pandang jentera tersebut nyata memiliki elemen rekaan sebuah SUV.
Kia Carnival atau lebih dikenali sebagai Kia Sedona di pasaran Amerika Syarikat menggabungkan inovasi, fleksibiliti dan gaya tersendiri. Kia Carnival dibina di atas platform generasi ketiga yang turut digunakan oleh model-model seperti Hyundai Sonata dan Kia Optima.
Perubahan radikal rekaannya dapat dilihat bermula di bahagian hadapan. Jarak overhang kini lebih pendek, sekali gus memudahkan asas tiang A dipindahkan ke belakang dan hud enjin dipanjangkan. Kia Carnival 2021 didatangkan gril hidung harimau bersaiz besar. Rekaan lampu hadapan lebih nipis dan bersegi, selain seakan-akan bercantum dengan lampu nyalaan siang (DRL) LED.
Dari sudut pandangan sisi, Carnival menyerlahkan rekaan bumbung terapung dengan struktur tiang A dan tiang B diberi warna hitam. Sama sepeti Kia Sorento yang baharu, minivan ini didatangkan kemasan krom fin dan corak berlian pada tiang C.
Rekaan lampu belakang juga kelihatan kemas dan moden dengan LED nipis merentangi bahagian belakang. Pada bampar belakang pula, ia dipasang dengan skid plate metalik. Bagaimanapun, Kia masih belum mendedahkan bahagian kabin minivan terbaharu ini. – carscoops.
Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ