Renault Kangoo ini jikalau dijadikan sebagai kereta keluarga, pasti ianya merupakan pilihan terakhir. Walaupun ianya sebenarnya cukup pratikal apatah lagi dengan penampilan yang sederhana tinggi, pintu gelongsor kiri dan kanan serta mempunyai ruang kargo yang super luas. Namun reka bentuk Renault Kangoo sebelum ini barangkali menjadi penyebab mengapa pembeli berubah hati.
Generasi pertamanya mula diperkenalkan pada tahun 1997. Rupanya memang tak menarik langsung. Namun produksinya boleh tahan lama dengan generasi kedua hanya menemui pembeli 10 tahun kemudian. Namun generasi kedua ini kelihatan sedikit besar berbanding model pertama tadi. Namun bolehlah jika untuk dibeli.
Jikalau generasi (KC) pertama Renault Kangoo ini boleh dilihat dengan agak banyak juga atas jalanraya kita ketika itu, namun model FC ini memang tidak dibawa masuk langsung. Tapi di negara jiran kita model ini sememangnya boleh dilihat merata -rata pelusuk bumi Temasek dengan kebanyakkan modelnya adalah panel van.
Dan selepas lebih 10 tahun berada dalam pasaran, Pembuat dari Perancis itu akhirnya bersedia memperkenalkan pula generasi ketiga Kangoo. Sebenarnya Renault Kangoo ini tidaklah ditakfirkan sebagai MPV di sana sebaliknya mereka memanggil ianya sebagai model Leisure Activity Vehicle. Dan Renault telah bersedia untuk menawarkan Kangoo untuk penumpang dan juga kargo serentak pada tahun 2021. Tugas pemasangan model ini bakal diserahkan di kilang pemasangan Maubeuge, Perancis.
Rekaan kali ini lebih menonjol dan menarik terutamanya rekaan lampu utama yang lebih cantik berbanding model sebelumnya yang kelihatan agak besar dan oval. Rekaan lampu utama tersebut kini diselaraskan dengan imej korporat Renault terkini. Nampak lebih maskulin gaya Perancis.
Sudah pasti rekaan sebegini menjadi kelebihan utama adalah pintu gelongsor kiri dan kanan. Akses keluar masuk kereta di ruangan sempit pasti bukan lagi masalah terutamanya bangsa yang suka parking kereta menyenget. Buat masa ini, tiada maklumat didedahkan tentang maklumat lanjut mengenai trenkuasa yang bakal digunakan, Namun mudah untuk meneka bahawa pilihan enjin dalam rangkaian model keluaran Renault terdiri daripada enjin 1.5 liter pasti menjadi pilihan disamping pilihan enjin diesel dan juga versi elektrik.
Sumber – Mekanika