Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) menyaksikan nilai jualan semula model-model Hyundai yang meningkat dengan permintaan yang kian bertambah untuk kereta-kereta pra-milik keluaran Hyundai sejak 5 tahun kebelakangan ini. Pemintaan luar biasa yang berlaku di Malaysia ini seiring dengan bahagian pasaran Hyundai di peringkat antarabangsa yang telah memenangi beberapa anugerah untuk kereta-kereta keluarannya.
Menurut pengarah urusan HSDM, Tn. Low Yuan Lung berkata, persepsi tentang kereta-kereta Hyundai mempunyai nilai jualan yang rendah kini sudah tidak boleh diterima pakai kerana pemilik kereta Hyundai mendapat nilai jualan jauh lebih baik dan sangat kompetitif dengan apa yang dihasilkan Jepun.
“Perbezaan harga jualan sebuah model Hyundai berusia 5 tahun dengan model keluaran Jepun adalah sangat kecil. Begitu juga dengan susut nilai kedua-dua kereta selepas 5 tahun yang mana hanya sekitar 10 peratus setahun,” ujar Tn. Low Yuan Lung.
“Hyundai telah melalui pelbagai pengalaman dan cabaran bagi membuktikan keupayaan jenama keluarannya yang mempunyai kualiti cemerlang. Model Hyundai hari ini bukan sahaja tampil menarik, malah dilengkapi dengan pelbagai inovasi terkini seiring dengan jenama premium continental sekaligus meningkatkan permintaannya di pasaran,” tambahnya lagi.
Kesemua model kereta pra-milik Hyundai yang disenaraikan telah terjual sebaik sahaja program pengesahan kereta pra-milik Hyundai Promise yang dilancarkan tidak lama dahulu. Program Hyundai Promise ini memastikan semua model kereta pra-milik Hyundai dijual dengan alat-alat ganti original dan tidak mengalami kemalangan major, menjalani pemeriksaan yang ketat serta dilakukan oleh juruteknik terlatih untuk memastikan keadaan mekanikal dan elektrikal kenderaan dalam keadaan baik sebegum disahkan dan diluluskan.
Kesemua kereta pra-miliki ini tidak mengalami kemalangan yang teruk dan diperbaiki semula untuk memberikan ketenagan kepada pelanggan-pelanggan Hyundai. Semua kenderaan yang telah diluluskan dan disahkan didatangkan bersama waranti lanjutan di antara dua hingga lima tahun, bergantung kepada usia kenderaan dan juga perbatuan yang dicatatkan. Unit kereta pra-milik yang terpilih turut didatangkan dengan pakej servis kereta percuma.
Kesemua kereta pra-milik dilindungi dengan waranti dari pengeluar dan juga pengedar serta servis bantuan atas jalan selama 24-jam. Para pelanggan yang berminat untuk menjual dan membeli kereta Hyundai dari Hyundai Promise, sila hubungi Sime Darby Auto Selection menerusi laman web www.simedarbyautoselection.com.my, atau hubungi 03 – 4065 2502 dan anda juga boleh membuat temu janji dengan wakil-wakil berikut dari cawangan Sime Darby Auto Hyundai;
Cik Jasmine Teh – 012-288 7830 (Hyundai Ara Damansara)
Cik Karen Hong – 012-205 8598 (Hyundai Old Klang Road).