Sebagaimana yang sedia maklum, BMW X7 telah menerima pelbagai reaksi khususnya dari para peminat pengeluar jenama Jerman ini. Ada yang berminat sungguh melihat penampilan rekaan lampu hadapannya. Ada juga yang merasakan ia agak kurang sesuai untuk kenderaan 7-tempat duduk itu. Apa-apa pun, anda boleh ubah dengan menggunakan ruang yang disediakan. Macam mana tu?
BMW X7 dengan penampilan baharu ini akan tiba ke seluruh dunia bermula Ogos ini. Buat masa ini, hanya sebahagian kecil dari rekaan terbaharu ini dapat dilihat. Selepas kerja keras yang dilakukan pasukan jurutera yang membangunkan penampilan identiti eksterior baharu X7 ini, ada juga yang berani mengatakan ia cuba mengikut gaya Roll-Royce Ghost.
Wakil-wakil pengedar tidak dibenarkan untuk mendedahkan konfigurasi sebenar. Namun, ada beberapa perkara penting yang perlu diambil kira untuk setiap pasaran sebelum para pelanggan boleh bermain dengan X7 2023 yang bakal dimiliki mereka. Apa-apa pun, terima kasih kepada BMW UK kerana sedikit sebanyak beberapa bahagian pada SUV ini yang dapat dilihat atau untuk pengeluar Jerman ini menggelarnya sebagai SAV – “Sports Activity Vehicle.”
Ditawarkan dalam tiga model; Excellence, M Sport, dan M60i. Bagi setiap model, BMW menyediakan sebanyak 14 pilihan warna seperti Blue Ridge Mountain, Marina Bay Blue, Ametrin Metallic, Frozen Pure Grey Metallic dan Mineral White Metallic tetapi bukan semua pilihan warna ini akan ditawarkan di kawasan anda.
Bagi model Excellence dan M Sport, kedua-duanya didatangkan dengan 4 pilihan rim. Manakala model M60i hanya diberikan sebanyak 3 pilihan.
Menerusi apa yang dapat dilihat pada iX dan i7, X7 turut dilengkapi dengan pilihan interior upholsteri baharu. Silverstone Sensafin, Tartufo Merino Leather dan Ivory White. Manakala trim pilihan pula sangat terhad; hanya 3 pilihan untuk model asas dan 5 untuk M Sport juga M60i.
Sementara menunggu bulan Ogos, anda berpeluang untuk memilih dan mereka penampilan BMW X7 mengikut kehendak hati dan citarasa sendiri dengan menggunakan platform yang disediakan BMW UK https://www.bmw.co.uk/en/all-models/x-models/x7/2022/bmw-x7-highlights.html?DD9323B4-7D80-C648-8893-E812B1C22F71_kis_cup_C6FA3ED5_6D17_47D1_B6E2_F4B02CC905E0_#design-yours. Kakikereta juga tidak ketinggalan mengambil peluang ini dan memilih model Excellence dengan warna Mineral White Metallic. Macam mana, suka tak?
Sumber : Autoevolution