Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

RALLY LEGEND

Saiful by Saiful
22/08/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

 

Meneruskan niat mereka dalam sukan rali, Mitsubishi telah mempertaruhkan model Galant VR4 sebagai senjata terbarunya pada tahun 1988. Ia dihomologasikan untuk beraksi dalam Rali Group A, selepas pihak WRC menamatkan persaingan Group B akibat faktor keselamatan. Banyak jugak pasukan yang menggunakan khidmatnya, sebelum diambil alih oleh siri Lancer Evolution selepas itu.

Salah satu pasukan yang mempertaruhkan Galant VR4 sebagai jentera rali mereka adalah Yokohama Advan Sports Team yang berpengkalan di UK. Dipandu pasangan Shinya Yamaguchi dan Masao Taguchi, kelibat mereka ketika menyertai Lombard RAC Rallye pada tahun 1991 cukup menarik perhatian. Malah ia telah diadaptasikan dalam bentuk diecast dan masih lagi dijual sehingga kini.

Momokan konsep belang-belang pada kereta #38 ini akhirnya menjadi popular dan memberi ilham kepada pemilik Galant VR4 untuk menjelmakan kereta mereka seperti jentera lagenda ini. Salah seorang darinya ialah Shidee yang memang minat benor dengan Galant VR4. Mungkin kerana DNA rali yang ada padanya, memberi pengalaman berbeza berbanding kereta-kereta lain. Hanya mereka yang pernah pakai aje tahu rasanya…

Kereta ini lahir ketika Julia Rais tengah meletop dengan filem Suci Dalam Debu. Lebih tepat lagi pada tahun 1992. Untuk luaran, ia mengenakan set lengkap kit badan Galant VR4 RS, serta penggunaan beberapa komponen lain seperti grill dan lampu belakang VR4 USDM, spoiler AMG dan cermin sisi RalliArt. Kerja-kerja kustom melibatkan kacukan hood EVO, tambahan lip depan Integra DC2, eyelid CF serta tebukan lubang-lubang kelajuan pada bumper belakangnya.

Mengimbangi ketinggian kereta pada kedudukan yang sesuai, sistem gantungan menerima set suspensi boleh laras HKS. Ruang roda pulak diisi rim putih AVS 17-inci serta tayar Achilles ATR Sport dari saiz berbeza untuk depan dan belakang. Tayar Advan Neova abis stok der…

Inspirasi ini hanya melibatkan bahagian luaran. Kalau dibuat sampai ke dalam, tinggal lantai besi ler jawabnya. Di ruang ini, hampir semua komponen asal masih dikekalkan kecuali penempatan beberapa komponen tambahan seperti tempat duduk bucket Bride LowMax, tempat duduk Recaro penumpang sebelah, stereng Momo, tombol gear RalliArt dan burger tray khas untuk dashboard VR4. Komponen paparan dan elektronik mengandungi meter boost Apexi, meter AFR NRG, meter NV Sports Defi dan pemasa enjin Apexi.

Kalau luar je encem tapi enjin pondan pun tak kena jugak. Jadi Shidee telah menggantikan nadi asal dengan enjin yang selayaknya iaitu 4G63T dari varian tertinggi Galant VR4 E39A. Pun begitu, persembahan enjin ini nampaknya tak ceria macam luaran. Semuanya kelam lepas Shidee mengambil keputusan, menghitamkan rupanya secara keseluruhan.

Ruang blok hanya diisi set bearing enjin ACL Race dan dilapik sekeping gasket keluli Cometic untuk membetulkan semula kadar mampatan. Sementara bahagian kepala silinder menerima kerja-kerja port & polish ringan. Memandangkan kedudukan sensor MAF enjin ni agak bersimpang siur, keseluruhan wiring enjin telah ditukar kepada harness EVO III, termasuk bahagian manifold kemasukan.

Sistem pendesak menerima turbo Garrett A/R.50 yang lebih besar. Ia disangkut manifold turbo T3 kustom bersama sebuah wastegate Turbosmart UltraGate 38 untuk mengawal tekanan di bahagian perumah ekzos. Tekanan boost ini, seterusnya disejukkan oleh intercooler EVO VI lengkap bersama paip sambungan kustom. Sementara tekanan berlebihan dibawa keluar menerusi injap pelepas Sard.

Bekalan bahan api dihantar oleh pam petrol Walbro, terus ke set injektor 700cc. Kadar tekanan yang diperlukan kemudiannya dikawal unit regulator Sard. Bagi menghasilkan prestasi yang setimpal, pemetaan sistem nyalaan kini ditala menggunakan unit Ecu-Shop Octane REV.

Diberitakan, Shidee sedang berkira-kira untuk mencarikan Galant VR4 ini tuan yang baru. Keluarga pun dah makin besar. Sudah tiba masanya untuk menyelam ke dunia MPV barangkali…

 

 

Previous Post

DIAM-DIAM UBI JEPON

Next Post

FERIO IDAMAN

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved