Pernah dengar size does matter? Tema filem Godzilla. Kemudian Godzilla merujuk kepada Skyline GTR-32. Saiz yang kami maksudkan boleh dilihat dari perspektif berbeza. Samada fizikal kereta, ataupun kapasiti enjin.
Seperti yang kita sedia maklum, cara Jepun “menenggelamkan” prestasi kereta sport Eropah dan Amerika ialah menggunakan enjin berkapasiti kecil, satu atau sepasang turbo dengan talaan dan teknologi termaju.
280ps memang nampak kecil tapi tork setinggi 40kg pada era 90-an hanya mampu dijana oleh kapasiti enjin sekaliganda dari apa yang dibuat oleh jurutera Jepun.
Konsep kereta sukan Jepun agak mudah, enjin kecil tapi robust dan berkuasa. Kalau enjin besar mereka semuanya untuk sedan besar dan mewah. Itupun tak banyak yang dibuat, mereka tahu, dalam liga enjin-enjin V dengan kapasiti 4000cc ke atas, memang susah nak bersaing.
Lagipun spesifikasi pembuat dan undang-undang kat sana tak menggalakkan penghasilan enjin besar. Sebagai batas, enjin besar memang roadtax dan cukainya harga arwah.
N/A (Normally Aspirated) VS turbo?
Kami pilih N/A kalau enjin itu V8 dan boleh libas sampai 9000RPM. Enjin V8 ada alunan satu perkara yang tak ada pada enjin inline. Bunyinya, ya tuhan, punyalah merdu.
Di Jepun, enjin V paling besar pernah dibuat ialah V12 pada kereta Toyota Century, 5.0 liter. Kalau anda masih ingat, enjin ni dipakaikan dengan sepasang turbo oleh Top Secret, Smokey-Nagata-San. Si gila berkacamata tebal muka nerd macam cikgu.
Enjin kedua popular untuk V ialah V8 1UZ, masih lagi Toyota. Enjin ni kali pertama dibuat khusus untuk Lexus LS400 iaitu S Class pertama Jepun untuk pasaran global. Sebelum ini, enjin besar 1GZ V12 tadi jual domestik saja.
1UZ V8 4000cc tadi dihasilkan semasa tahun 1990 kalau tak salah, tapi khusus untuk model mewah dan senyap, kemudian, enjin ni berevolusi sampailah yang dipakai oleh Land Cruiser Ninja dan begitulah seterusnya.
Pernah dengar V8 Nissan? Kalau Nissan, biasanya kita kenali enjin VQ30 atau VQ35 dalam body G30 atau Fairlady. Enjin ni tak popular langsung sebab waktu diperkenalkan, boleh kata tak berjaya sebab masa tu Lexus model LS400 tu sangat sukses.
Nissan cuba juga buat model Infiniti masa tu tapi kelaut, minyak kedarah ditambah dengan pakej pengendalian yang tak sedap. Tapi Nissan tinggalkan legasi V8 pertamanya yang diteruskan sampai tahun 2000. VH45DE.
Satu lagi V8 Nissan yang terkenal di luar Jepun ialah VK56 (5.6liter V8) yang dipasang pada Nissan Armada iaitu SUV bersaiz macam Land Cruiser Cygnus.
Kegagalannya di pasaran luar Jepun akhirmya balik ke bumi sendiri. VH45 dipasangkan pada sedan mewah Nissan President. Ni lawan head to head dengan Toyota Century tapi sekali lagi, kereta ni tenggelam popularitinya di belakang Toyota. Kereta eksekutif, ultra korporat, diraja, maharaja di Jepun semuanya berlandaskan jenama Toyota. Pasaran President ni sangat niche dan tengok saja dalam yahoo auction, berapa bijik je ada untuk dijual sepanjang 10 tahun lepas.
Soalnya, berapa kuatkah enjin ni? 4.5 liter, V8 dan dalam badan errr… errr… Cefiro? Asal body President ni semuanya berat lebih 2 tan dan bayangkan kurang hampir 1 tan beban kepada momentum yang boleh dijana tork enjin ni. Nak tambah cerita sedap lagi bila pillar C dan belakang dipotong berapa banyak berat yang dijimatkan?
Cefiro A31 milik Apie dari JZ Garage ni memulakan atau membuat sesuatu yang belum pernah orang Malaysia buat. Kami rasa ni satu-satunya VH45 yang ada kat sini sebab kalau wujudpun half cutnya tak mungkin ada yang berani kalau bandingkan dengan 1UZ. Realiti bila nak buat sesuatu yang lain pada yang lain kenalah pilih enjin yang luar biasa.
Struktur binaan enjin VH45DE ni membenarkan ia masuk ke dalam bay enjin yang lebih kecil. Perhaati betul-betul kedudukan intakenya yang berada di posisi atas. Tak ada masalah untuk mounting tepi dan gantungan kotak gear bawah cuma jadi masalah ialah kedudukan enjin ni yang tinggi. Bonet kereta ni diubahsuai dengan sekeping sirip custom untuk menyorokkan intake tadi.
Enjin ni tak diusik sebab daya kilasnya tinggi dan untuk 8 piston boleh kena sawan hatta nak buat port & polish sekalipun. Apie membina sistem ekzos saluran terus dengan bunyi macam gempa kalau idling, sekali dia rev masa launching ya tuhan korang tau kalau ada lagu merdu macam John Legend, All Of You versi rock.
Kotak gear pakai RB26GTR punya yang disalurkan ke roda belakang. Suspensi ditingkatkan dengan unit TEIN paling keras supaya tak terhuyung hayang masuk clipping point dan..dan..dan… rev selagi boleh masa keluar apex. Peh.bunyi dia memang merdu sangat!
Brek pakai R32 Skyline depan belakang, 4 pot depan dan 2 pot belakang. Rim ikut suka-suka je apa yang ada kat workshop tu kasi rembat. Serius, kereta macam ni orang tak peduli sangat pasal rupa.
Tapi Apie buat tarikan baru dengan mengubah sebuah sedan jadi sebuah pikap. Bayangkan dari sebuah sedan besa, potong bumbung belakang dan jadikannya sebuah pikap. Dan kerana kereta ini memang dikhususkan untuk hobi, kami memang kagum lah dengan kerjanya.
Ia memang lain dari yang lain.