Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Raikan Beza Mu

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
15/03/2023
in BULETIN, UTAMA

Selepas menerima sambutan cukup luar biasa dari pengunjung pada tahun 2022, kini Art of Speed kembali untuk tahun 2023. Lebih besar dan lebih baik dari sebelumnya. Tahun ini, acara Kustom & Counter Culture terulung Malaysia mengambil tempat di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) – ruang tertutup seluas 350,000 kaki persegi, ruang luar seluas 8.6 ekar – mengambil alih setiap dewan acara dengan menampilkan lebih banyak aktiviti demi memuaskan hati peminat dan pengunjung.

Dijadualkan berlangsung selama dua hari pada 29 Julai dan 30 Julai, AOS 2023 mengalukan tetamu komuniti kustom dan juga media antarabangsa. Antaranya seperti Shige Suganuma, Emi Suganuma, “Sunny” Yano & Michi “NATQQ” dari MOONEYES (Jepun) Cycle Zombies (Amerika Syarikat), V-Twin Visionary (Amerika Syarikat), Wild Road Choppers (Jepun), Cosmic Chopper City (Jepun), Geoff dari Return of Cafe Racer (Amerika Syarikat), Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters.com (Jepun), Side Yakotani (Jepun), Hopping Shower (Jepun), Boopin (Jepun), Ken Flat Top (Jepun), Jetwrench_artstudio (Jepun), Vondutch (Indonesia) dan Ya Seat (Thailand).

Pelbagai aktiviti telah dirancang termasuk yang tampil buat kali pertama dalam AOS. Di antaranya Outdoor ThunderCircus “Brotherhood Rally” – kawasan terbuka yang dikhaskan sepenuhnya untuk penunggang dan peminat motosikal. Diikuti Hot Wheels Collector Convention Rasmi Pertama di rantau Asia Tenggara. Pengunjung bakal menikmati lebih banyak lagi aktiviti Hot Wheels yang merangkumi Pameran Hot Wheels Rare & Collectibles, Hot Wheels Skate School, Hot Wheels Swap Buy & Sell, dan banyak lagi. Peminat Hot Wheels juga bakal bertemu kedatangan pereka Hot Wheels terkenal dari Amerika Syarikat.

Selain itu, ia juga merupakan percubaan memecahkan rekod untuk pembuatan Hot Wheels terbesar di Malaysia turut diadakan. Bagi memperingati ulang tahun ke-40 Hot Wheels di Malaysia, Mattel akan bekerjasama dengan jenama automotif nasional ikonik negara iaitu PROTON untuk mencipta sebuah kenderaan Hot Wheels – Proton Saga yang pertama. Bersempena dengan peristiwa bersejarah ini, Mattel menjemput semua kanak-kanak di Malaysia datang melatih kreativiti mereka untuk menyertai Hot Wheels x PROTON Kids Design Competition. Reka bentuk yang menjadi pemenang akan diperingati melalui kad ‘blister’ Proton Saga ‘edisi khas’ dan akan dijual di seluruh negara di Malaysia pada awal 2024 nanti!

Bukan itu sahaja, Hot Wheels Legends Tour bakal membuat debut di AOS 2023. Pada tahun ini, pertandingan rasmi di Malaysia akan diadakan pada hari Ahad ketika berlangsungnya AOS 2023, menampilkan juri-juri tempatan dan antarabangsa untuk memilih johan yang akan mewakili Malaysia di pentas dunia. Pendaftaran untuk Jelajah Hot Wheels Legends akan diadakan di AOS 2023.

Seterusnya, kerjasama dengan NoEqual.co menampilkan Pesta NEAT dengan paparan kolektif kereta bermodifikasi yang dipilih dari seluruh Malaysia. Ada juga perkhemahan dan gaya hidup outdoor Off The Grid diadakan yang bertujuan untuk menampilkan “gaya hidup outdoor” di ruang tertutup dengan keselesaan hawa dingin serta banyak lagi aktiviti di atas dan luar pentas untuk dinikmati seisi keluarga.

Bagi peminat vintaj, “Hail Vintage” kembali untuk AOS 2023 yang akan mempamerkan pelbagai jenis koleksi vintaj. Vendor pakar akan dijemput bukan sahaja untuk menjual tetapi juga mempamerkan koleksi mereka. Tema tahun ini ialah muzik dengan mempamerkan koleksi muzik, barangan dan memorabilia yang paling jarang ditemui.

AOS 2023 yang bakal berlangsung pada Julai ini akan menyaksikan Qhalis Najmi dari NoEqual.co sebagai hos untuk acara Kustom & Koffee Talk bersama-sama ahli panel dari luar negara. Forum ini akan membincangkan trend terkini dalam industri pengayuhan basikal dan automobil. Manakala aktiviti Show & Shine juga bakal kembali dengan menampilkan kereta-kereta yang telah diubah suai dan motosikal bermodifikasi terbaik dengan peluang memenangi Best of Show iaitu lawatan ke The 31st Annual Yokohama Hot Rod Custom Show yang akan diadakan pada Disember 2023 nanti.

Lebih banyak aktiviti lain turut dijadualkan berlangsung sepanjang AOS 2023 ini termasuk Roda Rumble 2023 – Two Wheels Gathering & Outdoor Festival anjuran Retro Mania, diikuti La Cultura – Malaysia’s Chicano Culture Appreciation Gathering, merangkumi persembahan fesyen gaya Cholo dan Chicano, persembahan Tarian dan DJ, dan lain-lain lagi. Tidak ketinggalan, Streetware Con yang menampilkan vendor fesyen streetwear, Pinup Pageant oleh Cherrybomb Pinup Parlour, vendor makanan Food Park, Automotive Flea Market, pelancaran produk baharu, Test Ride Zone untuk motosikal (Ducati, Royal Alloy, Italjet, Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph, Harley-Davidson dan lain-lain).

Dijangka turut kembali memeriahkan AOS 2023 ini adalah SoundCircus Festival yang ditunggu-tunggu para peminat. Barisan persembahan untuk SoundCircus Festival akan diumumkan tidak lama lagi. Acara SoundCircus Festival hanyalah untuk mereka yang berumur 16 tahun ke atas SAHAJA. Untuk menamatkan acara pada hari Ahad nanti, seorang pemenang yang memegang tiket bertuah bakal membawa pulang sebuah Toyota Celica 1979 bermodifikasi dengan ‘air-ride suspension’ oleh Art of Speed Malaysia (AOSM).

Pas hujung minggu AOS 2023 boleh diperolehi di depan pintu dan atas talian dengan harga RM35.00, manakala kanak-kanak di bawah umur 12 tahun masuk secara PERCUMA. Pemegang pas OKU juga diberikan kemasukan secara percuma. AOS 2023 akan menjual pas Speed Lane, yang dibuka sejam lebih awal pada jam 9:00 pagi; berharga RM60.00 sah untuk kedua-dua hari. Pengunjung juga berhak menikmati satu jam tambahan di dalam dewan utama A, B, C dan D. Dewan dibuka dari jam 10:00 pagi hingga 7:00 malam pada kedua-dua hari. Kombo SoundCircus Festival + Weekend Pass akan tersedia atas talian tidak lama lagi.

“Sejak penubuhannya, Art of Speed Malaysia telah berjaya menjadi pelopor perhimpunan besar bukan sahaja untuk peminat motosikal dan kereta, tetapi juga pengamal seni, pemuzik, pengumpul dan seumpamanya, dan terus mendominasi dalam acara tahunan yang berskala besar.”

“Pada tahun ini, AOSM akan meraikan ulang tahun ke-12 pertunjukan tahunannya, bagi menyemarakkan lagi semangat peminat yang bersemangat tinggi, kami persembahkan sebuah acara yang rugi untuk dilepaskan oleh semua,” kata En. Asep Ahmad Iskandar, Pengarah Festival, Art of Speed Malaysia (AOSM).

Untuk AOS 2023, pengeluar e-peranti tempatan, BRO ASIA, menjadi Penyampai Tajuk, “Kami sangat berbangga dan teruja menerima jemputan dari AOSM untuk menjadi sebahagian daripada acara menarik yang dijayakan bersama, selari dan sesuai dengan hala tuju jenama kami yang sememangnya disasarkan untuk peminat Budaya Kustom & Counter” kata Encik Roman Lai, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas BRO ASIA.

Permohonan Vendor & Korporat kini dibuka, sila hubungi Rafiq di talian +6012 2620 405 untuk sebarang pertanyaan perniagaan. Maklumat lanjut mengenai acara ini boleh dilayari di www.artofspeedmy.com atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/

Previous Post

Shell Semai Keselamatan Jalan Raya Dengan Karnival

Next Post

Dedah GLA dan GLB Dikemaskini Untuk Tahun 2024

CAPAIAN

  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved