PUSPAKOM ; Satu Nombor Untuk Semua Urusan Dan Pertanyaan
Mulai 1 Ogos 2020, pusat khidmat pelanggan PUSPAKOM akan menggunakan hanya satu nombor untuk semua urusan dan pertanyaan berkenaan dengan PUSPAKOM.
Justeru, perkhidmatan talian bebas tol PUSPAKOM 1800-88-6927 dan MyPUSPAKOM 1800-22-2210 akan digabung serta ditukar kepada 03-5101 7000.
Waktu urusan dan pertanyaan:
Ahad – Jumaat 8.00 pagi – 5.00 petang
Sabtu 8.00 pagi – 1.00 petang
Penukaran nombor baharu ini bertujuan memudahkan pelanggan untuk menghubungi PUSPAKOM melalui satu talian sahaja.
Sebelum ini, pelanggan perlu menelefon beberapa talian yang berlainan bagi urusan dan pertanyaan tertentu.
Ini sejajar dengan inisiatif PUSPAKOM iaitu sentiasa mempertingkatkan perkhidmatan secara berterusan dari semasa ke semasa demi kemudahan pelanggan.
Urusan dan pertanyaan Pusat Khidmat Pelanggan 03-5101 7000 adalah seperti berikut:
Temujanji MyPUSPAKOM
Pemeriksaan kenderaan
Perkhidmatan bergerak Trak & Van (Lembah Klang)
Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Insurans Motor
Lain-lain urusan dan pertanyaan
Selain melalui panggilan telefon, PUSPAKOM juga menyediakan komunikasi secara dalam talian sebagai alternatif bagi pelanggan untuk menghubungi pihak PUSPAKOM:
Live Chat di www.puspakom.com.my & www.mypuspakom.com.my
E-mel ke customerservice@puspakom.com.my
Talian bebas tol 1-800-22-2210 & 1-800-88-6927 tidak lagi beroperasi selepas 31 Julai 2020.
Sebarang maklumat terkini berkenaan PUSPAKOM, orang ramai boleh mengikuti Facebook rasmi PUSPAKOM Sdn Bhd atau layari www.puspakom.com.my
Maklumat lanjut, sila layari laman web:https://www.sdacford.com.my
Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ