Zaman anda main kereta sekarang tak sama dengan zaman saya muda-muda umur 20-an dulu. Zaman dulu, budak muda retinya nak JDM dengan laju.
Olskool tak pandang langsung. Boleh kira berapa kerat sahaja orang muda nak beli Lancer kotak yang ketika itu menjadi satu-satunya model boleh buat laju. Zaman di mana Kancil dan Wira raja di jalanan. Manakala Proton Perdana golongan elit sahaja yang pandu.
Pengsan kalau nak beli body pun dah RM40,000 ke atas. Masa itu, casis Wira dan Satria jauh lebih murah. Kerjanya juga tak banyak mana nak endorse 2.0 liter. Sekarang je merepek nak register bukan main susah. Selepas 10-15 tahun berikutnya, tiba-tiba Proton Perdana jadi popular sebagai bahan ubah suai. Mampu milik? Sudah tentu.
Pemilik pun terdiri daripada pelbagai latar belakang. Kalau dulu otai-otai berumur yang guna, sekarang budak bujang pun sama meriahnya. Dari Kuala Lumpur sampai Kokdiang mana-mana pun boleh jumpa Perdana.
Sewaktu perjalanan balik ke Kokdiang hari itu saya pun singgah di Ipoh dengan dan jumpalah Perdana kuning ni. Hmmm… Cer bukak enjin?
Wow. Inilah yang kita mahu. Semua kereta modifikasi mestilah bercirikan kereta macam ini. Enjin ceria, kemas dan bersih. Tengok enjin EK Kokdiang bulan lepas kaler gold tu sampai orang Amerika pun nak datang Kodiang tengok kereta tu korang mana tau?
Enjin 4G63 daripada half-cut Mitsubishi RVR RS kereta keluarga ini meneruskan khidmatnya di Malaysia setelah tanggungjawabnya ditamatkan di Jepun. Secara harfiahnya, enjin ni standard tanpa sebarang modifikasi besar sangat pun.
Dalam istilah enjin turbo, nak bagi power senang tukar turbo sahaja. Enjin ini menggunakan turbin TD05 20G daripada Evo III. Menambah keseronokan enjin tadi ialah barang-barang seperti wastegate Turbosmart, intercooler Jasma, extra injektor 510cc dan ekzos 3 inci yang diakhiri dengan muffler APEXi.
Kuasa enjin disalur ke tayar depan menerusi kotak gear lima kelajuan RVR RS asal dengan pelapik klac H-Drive yang saya pun tak pernah dengar. Baiklah. Masalah kotak gear 4G63 ini bukan sahaja pada Perdana sahaja, di Jepun pun sama. Model-model automatiknya memang berpenyakit. Maka tukar kotak gear manual adalah jawapannya.
Ramai orang tak sedar dengan kecemerlangan pengendalian Perdana ni datangnya daripada sistem multilink Eterna yang dibuat Mitsubishi untuk model premium eksekutif Galant mereka. Walaupun mengorbankan saiz ruang dalaman, ia menyumbang kepada faktor kestabilan dan keselesaan yang tinggi. Tapi setakat itu sahajalah. Kalau anda dah modifikasi bagi laju tak ada maknanya selesa. Brader ini memakaikan kereta beliau dengan set suspensi GAB hi-low adjustable.
Sistem brek juga dinaikkan pangkat dengan set RVR di segenap sudut bersama pad OEM. Rim pun ditukar kepada model Advan Racing 17 inci dengan tayar Michelin bersaiz 225/45r17 di depan dan 225/50r17 di belakang. Mungkin rim belakang dia lebar sikit agaknya lah kan.
Bahagian dalaman kereta ini mengingatkan saya gaya olskool main JDM dulu dengan warna terang pada konsol. Tengok Type-R dulu kereta dari kilang dengan kerusi warna merah.
Perdana ini dipasang dengan stereng Momo Subaru dan airbag nampak kemas betul. Papan pemuka itu ori Perdana, tetapi konsol tengahnya dilayangkan dengan warna kuning. Brader ini menukar sepasang kerusi depan dengan model Recaro SR3 EK9. Kelihatan makhluk asing ialah boost meter APEXi dan turbo timer HKS.
Bahagian luar nampak serupa alien sebab guna muka depan Galant VRG. Dulu masa saya masih belajar nampak VRG di Langkawi punyalah kagum. Memang cantik dan garang, walaupun dipasangkan dengan enjin pacuan depan V6 yang lemau.
Dari satu segi, nampak macam tak kena bila nak dipasangkan pada badan Perdana. Tetapi selepas dicustomkan fender dan bonet depan, nampak OK la pulak.
Brader ni banyak guna pengaruh warna. 10 tahun dulu Perdana warna mercik macam kuning memang boleh kira dengan jari. Tetapi sekarang Alphard pun orang tembak warna hijau Lamboghini matilanak. Soal warna tak jadi masalah dah sekarang. Janji ada duit semua jadi. Gua rasa brader ni penyokong bola Selangor.
Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ