Promosi Merdeka Mistubishi Motor Malaysia
Pengedar sah Mitsubishi Motor di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan promosi yang menawarkan pelbagai tawaran menarik sempena sambutan Merdeka bagi tahun ini. Antaranya termasuk rebat tunai serta kadar faedah rendah yang bermula dari hari ini sehingga 30 September 2020.
Para pelanggan yang berminat untuk menukar beli kenderaan mereka dengan SUV ASX, MMM memberikan nilai tambahan sebanyak RM8,888 serta menikmati servis percuma selama lima tahun dan waranti perbatuan tanpa had juga selama lima tahun. Manakala untuk Mitsubishi Outlander 2.0 pula, pembeli menerima rebat tunai sehingga RM4,000 dan servis percuma selama 2 tahun. Bagi Outlander 2.4, rebat tunai sehingga RM2,000 dan servis percuma selama 2 tahun.
Sepertimana yang diumumkan pada pertengahan tahun ini, promosi ini turut melibatkan harga pelepasan cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Kedua-dua model ASX 2WD dan ASX 4WD ditawarkan pada harga RM 111, 628 dan RM 125, 182. Manakala harga Outlander pula adalah RM133,491 untuk varian 2.0 liter dan RM147,762 bagi 2.4 liter. Harga bagi pikap Triton kekal tidak berubah tetapi MMM menawarkan kadar faedah serendah 0.88% setahun.
Untuk makluman, tawaran ini eksklusif untuk skim jual beli Maybank dan Public Bank) untuk varian VGT Premium dan Adventure X. Menerusi tawaran ini, pelanggan boleh memilih rebat RM4,000. Bagi varian asas Quest dan VGT automatik juga menerima rebat RM4,000, sementara VGT manual menerima potongan RM6,000.