Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Popular Semenjak Diperkenalkan, Wish Terus Jadi Pilihan

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
26/12/2020
in MODIFIKASI, UTAMA

Ketika projek Toyota yang dikenali dengan kod nama 760N hendak dilancarkan, ia adalah sebahagian daripada prosedur biasa daripada Toyota yang menjangka sambutan sederhana daripada pasaran Jepun (JDM) ketika itu. Ia direka bagi memenuhi jurang MPV yang agak terbuka antara model Ipsum dan Estima yang telah sedia ada dipasaran hampir 10 tahun sebelumnya. Menyedari pasaran MPV saiz sederhana Ipsum belum mampu bersaing dengan Honda Stream dan Mazda 5/Premacy berikutan harga jualan dan saiznya yang berlebihan, Wish sekadar projek yang agak normal diperkenalkan bagi sebuah pembuat kereta terbesar hari ini Toyota untuk menyaingi pasaran tersebut.

Bagaimanapun, ia mendapat sambutan luar jangkaan. Bukan sahaja pemerhati pasaran, malah ketua projek model ini, Takeshi Yoshida tidak menyangkakan bahawa tema “Wish Come True” dalam iklan komersial di televisyen bersama selebriti terkenal Hikaru Utada yang dilancarkan bersama CD penyanyi terkenal tersebut berjaya melepasi sasaran. Idola Utada berjaya menarik golongan muda dikatakan antara faktor yang meletakkan Wish sebagai sebuah projek segar dan mengubah persepsi sebuah MPV untuk golongan berumur dan tidak enak dipandu. Sifat rekaannya yang lebih menjurus ke arah pemanduan kereta juga faktor utama yang membolehkan kereta ini berjaya di pasaran.

Selama 7 tahun berikutnya, Wish menjadi salah sebuah model baru yang sukses pernah dicatat Toyota. Dianggarkan lebih setengah juta unit kenderaan ini terjual dengan kapasiti pengeluaran kilang pemasangan utamanya di Jepun, Thailand dan Taiwan. Sehingga April tahun ini, Wish yang terus mendapat sambutan itu telah di facelift sekali dan akhirnya digantikan dengan sebuah model baru sepenuhnya, model generasi kedua.

Apakah yang menjadikan MPV ini berjaya? Pertama, ia lahir dalam keadaan pasaran moden yang menjurus kepada permintaan MPV bersaiz sederhana, 7 tempat duduk dengan berteraskan chasis sebuah kereta. Ia menggunakan topang bebas pada keempat-empat sudut, tiada gandar mati seperti yang diperlukan oleh minivan yang besar, seterusnya harganya yang pasti lebih rendah daripada yang pernah diperkenalkan sebelum ini. Ramuan ini bukan sahaja mempengaruhi pasaran Jepun, malah di serata Asia termasuk Malaysia.

Hari ini anda boleh lihat Wish hampir setiap hari di mana sahaja. Ia popular semenjak diperkenalkan di pasaran pada 2004 menerusi model import terpakai. Dan salah satunya adalah seperti yang anda lihat di sini, sebuah model pra facelift Wish 1.8 dengan modifikasi sederhana. Sebuah MPV yang bukan sahaja sesuai dengan citarasa pemiliknya, malah ia turut digunakan untuk tujuan perniagaan, keluarga dan juga bersantai.

Sebaik sahaja dimiliki, Wish ini terlebih dahulu telah dipasangkan dengan roda yang lebih besar. Mana-mana MPV dengan garis bahu tinggi berbanding estate/wagon dan sebuah sedan, penggunaan roda lebih besar dari keluaran kilang seolah-olah menjadi perkara wajib. Diamater yang wajar bagi Wish sekurang-kurangnya 17 inci, namun ia hanya sama dengan spesifikasi Wish 2.0 JDM. Jadi kebanyakan memilih 18 dan 19 ini. 18 inci adalah yang terbaik kerana ia seimbang dari segi rupa dan juga pengendalian.

Rim pilihan pemilik MPV ini ialah SSR Type C RS. Sebuah model yang berevolusi daripada salah sebuah pembuat roda aftermarket terbesar Jepun, SSF. Model Type C RS ini berbeza dengan barisan Type C biasa yang kebanyakan datang dengan kemasan warna keemasan dan putih, RS dikenali dengan warna titanum. Dari segi persaingannya, rim ini direka untuk bersaing dengan TE 37 Mag yang diperbaharui dengan buatan magnesium (sama juga halnya dengan Rays yang mencipta Nismo GT Mag) oleh Rays Engineering.

Pada ukuran 18 X 8 inci dengan kemasan warna gafit, ia memang secocok dengan tema model ini yang hampir serupa. Ia kemudiannya digandingkan dengan tayar Accelera bersaiz 225/40/18. Peningkatan kadar rotasi roda selalunya menyebabkan daya membrek menjadi menurun disebabkan momentum yang bertambah. Justeru itu, pemilik telah menggantikan pad brek lama kepada buatan Endless yang meningkatkan 10% lebih baik daya pemberhentian berbanding asal.

Kemasukan roda lebih besar juga bermakna sistem suspensi lama tidak lagi mampu menyeimbangkan tahap COD (Coefficient Of Drag). Antara sebabnya ialah kereta menjadi terlalu tinggi untuk ditampung oleh ukuran asal. Malah tahap sentuhan ke atas permukaan pacuan juga bertambah. Pemilik kereta ini memilih untuk menggantikannya dengan sistem suspensi bolehlaras TEIN Wagon. Ia memang direka untuk spesifikasi kereta dengan bentuk wagon dan MPV. Walaupun sedikit keras berbanding spesifikasi asal, namun versatilitinya membolehkan kereta ini direndahkan untuk kelihatan lebih sporty.

Rekabentuk asal Wish generasi pertama ini diakui merupakan revolusi terhadap mana-mana MPV yang pernah dibina dalam kelasnya. Bukan sahaja pesaing, malah jika dilihat dari sudut barisan model “in house” Toyota, tidak pernah sebuah MPV direka dengan kemasan yang sporty. Malah jurutera juga tidak dapat melakukan banyak perubahan pada model facelift yang mana tidak ramai nampak perubahan ketara antara keduanya, sama seperti Caldina. Kereta ini disempurnakan dengan pemasangan sebuah spoiler replika Fabulous, eyelid custom pada lampu hadapan dan juga pelekat gentian karbon pada panel tiang C pintu.

Ruang kabin kelihatan lebih sederhana dengan kemasan hitam yang memang menjadi pilihan pemiliknya. Modifikasi kecil dilakukan dengan memadankan kemasan gentian karbon pada panel meter, konsol tengah dan perumah suis tingkap kuasa. Sistem audionya pula didatangkan dengan pemain DVD menerusi fungsi skrin sesentuh jenama Kenwood.

Enjin 1ZZFE 1.8 yang dipasangkan Toyota untuk model ini merupakan enjin yang diakui sangat ekonomikal, berkuasa dan tahan lasak. Enjin ini direka bagi membolehkan sebuah MPV bersaiz sederhana dipandu setiap hari tanpa perlu menghadapi masalah penggunaan bahanapi yang melampau. Dengan sejumlah 132ps kuasa dan daya kilas 125 paun kaki tork, enjin “kecil” ini juga berupaya memecut hingga 200km sejam tanpa perlu bekerja keras. Dalam situasi Wish ini, pemiliknya telah memadankan sistem penapis udara drom in K&N. Pengubahsuaian lanjut ialah sistem ekzos lengkap daripada Modellista, salah satu tuner automotif terkenal di Jepun.

SPESIFIKASI

      • Pemilik –
      • Pengeluar – Toyota
      • Model – Wish 1.8
      • Tahun – 2004
      • Modifikasi Enjin – 1ZZFE 1.8, filter K&N drop-in, sistem ekzos lengkap Modellista, kotak gear automatik 4 kelajuan.
      • Transmisi –
      • Elektronik –
      • Ekzos –
      • Suspensi – TEIN Super wagon
      • Brek – brek pad Endless
      • Rim & Tayar – Rim SSR Type C RS Limited 18 X 8, tayar Accelera 225/40/18.
      • Dalaman – Spesifikasi hitam wish 1.8. Panel gentian karbon, pemain DVD Kenwood.
      • Luaran – Wish spesifikasi penuh dengan bodykit dan sunroof, spoiler replika Fabulous, custom eyelid.
      • Bengkel –
Previous Post

Didatangkan Dengan Bumbung Solar, Menukar Cahaya Matahari Kepada Tenaga Elektrik

Next Post

Didatangkan Dengan Bumbung Solar, Menukar Cahaya Matahari Kepada Tenaga Elektrik

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved